Pernah kena penampar tak dengan chopping board? -Fazley Yaakob. - Utusan Malaysia

Pernah kena penampar tak dengan chopping board? -Fazley Yaakob.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi dan usahawan, Datuk Fazley Yaakob, menzahirkan rasa kesal apabila menerima satu komen daripada seorang individu yang menegur tubuh badannya yang didakwa kini makin berisi.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Asmara Ini menerusi hantaran terbaharu di entri Instagram miliknya.

“Kalaulah media sosial ini boleh auto sekat dan ‘ban’ orang-orang yang suka body-shaming, saya rasa ramai orang hilang akaun masing-masing tau!

“Orang tua-tua cakap, kalau nak tegur gemuk, lebih baik diam, kalau nak tegur cantik, panjang-panjangkan cerita!” katanya.

Mengulas lanjut, Fazley juga menegur sikap segelintir masyarakat yang kurang peka dengan sensitiviti berkaitan dengan perubahan bentuk badan
seseorang.

Tambahnya lagi, dia berharap pihak di luar sana hentikan budaya body-shaming yang boleh menyebabkan individu itu kurang selesa dan hilang keyakinan diri.

“Tidak perlulah tegur kalau peha orang itu besar, pipi dia tembam, dada dia tak montok, lengan dia mengelebeh, punggung dia tak ada isi.

“Tidak perlu juga tegur kalau muka dia berjerawat, ketiak dia hitam, kuku dia tak cantik, dia ada spare tayar kat tepi pinggang dia, atau hidung dia kembang.

“Hentikan! Meh (mari) sini kalau ada lagi orang yang teringin nak rasa kena penampar dengan chopping board?” ujarnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut dan rakan selebriti turut bersetuju dengan coretan panjang daripada penyanyi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya