KUALA LUMPUR: Bagi peminat dunia perfileman Tamil atau Kollywood, kehadiran aktor bertaraf legenda, Kamal Haasan, 68, ke negara ini tentunya bukan satu kesempatan yang harus dilepaskan.
Ini terbukti menerusi kegamatan suasana yang berlangsung di Pusat Membeli-Belah Nu Sentral semalam yang menyaksikan ikon popular tersebut dikeremuni oleh para peminat yang sudah lama menantikan kunjungannya ke negara ini.
Difahaman, kehadiran aktor kelahiran Paramakudi, India itu ke ibu kota adalah bagi menjayakan promosi filem terbaru lakonannya.
Filem yang diberi judul Vikraam itu dilaporkan akan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 3 Jun ini.
Segenap ruang Nu Sentral juga difahamkan begitu meriah dengan kehadiran peminat dari pelbagai lapisan umur yang tidak berbelah bahagi memberikan sokongan kepada Kamal dan filem terbarunya itu.
Tidak cuma itu, kawasan di sekitar Nu Sentral pada tengah hari tadi semalam juga dilaporkan sesak dengan ribuan peminat hero veteran itu.
Dalam pada itu, menurut beberapa portal filem antarabangsa, filem Vikraam ketika ini merupakan filem yang paling dinanti dan berada pada tangga teratas pencarian di beberapa laman sesawang filem seluruh dunia.