Mira Filzah selamat timang anakanda sulung. - Utusan Malaysia

Mira Filzah selamat timang anakanda sulung.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Mira Filzah, selamat melahirkan anakanda sulung pada jam 3.40 pagi, di sebuah pusat perubatan di ibu kota, hari ini.

Berita gembira tersebut dikongsikan suami tercintanya, Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menurut Wan, dia menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi selain memberitahu tarikh lahir bayinya bersamaan dengan pelakon tersebut.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah Pencipta sekalian alam, serta selawat ke atas junjungan mulia Baginda Nabi Muhammad SAW.

“Isteri syurgaku, Nur Amirah Filzah Badioezaman telah selamat melahirkan putera sulung kami pada tarikh sama seperti ibunya iaitu pada tarikh 9 Syawal.

“Bersamaan 10 hari bulan 5 tahun 2022 pada jam 3.40pagi,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, Wan turut merakam penghargaan buat semua pihak yang tidak lekang mendoakan yaang baik-baik buat isteri dan cahaya matanya.

“Putera kami yang bergema nyaring tangisannya berada dalam keadaan sihat, di samping ibunya yang juga dalam keadaan sihat wal’afiat.

“Kami mengucapkan jazakallahu khairan dan jutaan terima kasih kepada semua atas doa dan harapan yang telah dicurahkan ke atas perjalanan kami sekeluarga ini.

“Semoga segala kebaikan buat kalian semua juga. Semoga Allah merahmati dan membimbing setiap dari kita dalam perjalanan melalui kehidupan yang singkat ini… Amin,” ujarnya.

Terdahulu, suaminya mengesahkan Mira sudah berbadan dua di Instagram selepas berbulan menyimpan rahsia.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 2 September 2020.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya