Memang satu saja dosa dalam al-Quran kah? Tak bertudung? - Yonnyboii

Memang satu saja dosa dalam al-Quran kah? Tak bertudung? – Yonnyboii

Yonnyboii
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan komposer muda terkenal, Yonnyboii, meluahkan rasa kecewa dan berang apabila seringkali menerima kecaman daripada netizen yang mengutuk isterinya tidak berhijab.

Sebelum ini, isterinya, Nik Nazira tampil bertudung namun dilihat tidak lagi mengenakan tudung sejak Februari lalu sehingga ia mengundang kata-kata nista daripada netizen dan pengikutnya di media sosial.

Namun, kesabaran dan tindakan Yonnyboii berdiam diri daripada membalas kata-kata negatif netizen nampaknya sudah sampai had dan semalam penyanyi ini membuat satu kenyataan pada ruangan Instagram Story (IGS).

“Dunia terbalik, couple (pasangan bercinta) disanjung, yang dah kahwin dihina. Memang satu saja dosa dalam al-quran ke? Tak bertudung sahaja? Zina memang dapat pahala ke macam mana sekarang?

“Mulut celupar, sesama manusia maki-hamun memang auto pahala masuk syurga ke? Ingat, dosa sesama manusia, kena minta maaf. Jangan rasa power dah maki-hamun buat orang tergores hati. Tak tentu dimaafkan, “tulis Yonny.

Menerusi laporan media sebelum ini, Yonnyboii berharap peminat tidak terkejut jika terserempak dengan isterinya Nik Nazira atau nama sebenarnya Nik Nazira Narriman tidak bertudung di tempat awam.

Menurut penyanyi lagu Salahku ini, isterinya yang berusia 22 tahun itu masih dalam proses belajar menutup aurat dengan sempurna.

Namun sehingga kini, laman sosial Yonnyboii dan Nik Nazira tetap dihujani komen netizen yang mengharapkan wanita itu kembali dengan imej bertudung.

Dalam pada itu, Yonnyboii turut berterima kasih kepada netizen yang tidak henti mengutuk dan sanggup menggadaikan diri hanya untuk mendapat dosa.

Duduk cakap fasal dosa ini, yang kutuk-kutuk tu terima kasih la beri pahala dekat orang sampai sanggup gadai diri untuk dapat dosa, katanya.

Untuk rekod, Yonnyboii mendirikan rumah tangga dengan Nik Nazira pada 20 November tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya