Marshanda hidap kanser payudara - Utusan Malaysia

Marshanda hidap kanser payudara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Marshanda, mendedahkan dirinya kini sedang menderita kanser payudara.

Perkara tersebut dikongsikan pemilik lagu popular Sejuta Cinta itu menerusi satu hantaran video yang berjudul ‘I Have Breast Tumor’, di platform Youtube miliknya.

Menurut Marshanda, dia menyedari keadaannya pada waktu ini boleh menyebabkan sesuatu perkara yang tidak dijangka berlaku iaitu kematian.

Maka, bekas isteri kepada pelakon, Ben Kasyafani itu sudah mempersiapkan diri untuk meninggal dunia dalam keadaan yang baik.

“Saya datang ke Singapura dengan niat untuk melakukan MRI. Saya di sini untuk berjuang untuk kesihatan saya.

“Saya juga sudah bertanya dengan abang, iaitu bekas suami saya. Kalau mahu meninggal, disebut La Ilaha illallah, iya kan?

“Jadi, saya bersedia. Saya membawa telekung dan sejadah ke Singapura,” tuturnya bernada sebak.

Mengulas lanjut, dia meminta agar semua mendoakan yang baik-baik selain meniupkan semangat dari jauh buat dirinya untuk menempuh ujian Allah itu.

“Kematian adalah sebahagian dari putaran kehidupan. Saya tak mahu anda semua khuatir.

“Tolong doakan sahaja, bagi anda yang percayakan tuhan tolong doakan saya.

“Bagi yang tidak percaya pula, sila berikan tenaga yang baik untuk saya.” katanya.

Menerusi video tersebut juga, pelakon sinetron terkenal Sejuta Cinta Marshanda itu ada meninggalkan
pesanan buat anak perempuannya, Sienna Kasyafani, dengan harapan agar anaknya itu mendoakannya jika dia sudah tiada nanti.

Selain itu, dia turut meminta Sienna untuk mendengarkan lagu yang ditulisnya buat puteri kesayangannya itu.

“Jika Sienna menonton ini, ingat kata ibu, kita banyak bercakap beberapa hari lepas. Ibu beri kamu lagu yang ibu ciptakan. Dengarlah lagu itu.

“Lihat, ibu gembira. Dan kalau ibu pergi, ibu juga gembira jika awak mendoakan,” ujarnya.

Sekadar informasi, Marshanda kini berada di Singapura bagi mendapatkan rawatan lanjut mengenai penyakit yang dihidapinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya