Keadaan Aripah sangat membimbangkan - Normah Damanhuri - Utusan Malaysia

Keadaan Aripah sangat membimbangkan – Normah Damanhuri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon senior, Normah Damanhuri, 68, melahirkan rasa bimbang tentang keadaan kakaknya yang juga dramatis, Aripah Damanhuri, yang kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut Normah, kakaknya itu telah berada di ICU sejak dua minggu lalu untuk menerima rawatan jangkitan kuman pada paru-paru.

Pun begitu, jelas Normah, Aripah ada memberi petanda positif beberapa hari ini meski belum sedar sepenuhnya.

“Keadaan dia sekarang sangat membimbangkan. Tetapi saya memang tidak berhenti berdoa minta pada Allah SWT semoga dia dipanjangkan usia selain mengharap agar ada keajaiban berlaku.

“Semalam saya ada pergi ke hospital untuk melawat dia yang masih di tempatkan di ICU. Alhamdulillah, bila saya panggil, dia buka mata dan saya cakap dengan dia pun ada tindak balas. Tangannya bergerak, mata pun terbuka sikit.

“Saya memang tetap berharap untuk dia kembali sihat. Itulah harapan saya dan anak-anaknya. Insya-Allah semua kuasa Allah,” katanya.

Normah berkata demikian ketika ditemui di majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya, malam tadi.

Pada 23 April lalu, Aripah Damanhuri, 73, dimasukkan ke HKL kerana paras oksigen menurun dan terpaksa ditidurkan selepas disyaki mendapat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Anaknya, Nurpais memaklumkan Aripah dipakaikan topeng dan ventilator biasa selain semua jenis ubat penguat jantung sudah dihentikan.

Malah, organ-organ dalaman pelakon itu juga semakin sembuh daripada jangkitan kuman.

Dalam pada itu, Normah berkata biarpun lega dengan perubahan positif itu namun dia tetap memikirkan keadaan kakaknya setiap malam.

“Dia masih dirawat di ICU, jadi tak boleh ada penjaga, hanya sekadar datang melawat saja mengikut waktu yang ditetapkan. Tapi setiap malam saya teringin dan terfikirkan keadaan dia.

“Kalau tidak, sebelum ini tak boleh pun melawat. Dua hari lepas baru boleh datang melawat. Saya ada tanya jururawat yang menjaga tentang keadan terkini kakak. Jururawat itu kata Insya-Allah boleh sembuh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya