Isu dakwa tak dijemput, produksi tampil mohon maaf terhadap Nazri Vovinski. - Utusan Malaysia

Isu dakwa tak dijemput, produksi tampil mohon maaf terhadap Nazri Vovinski.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Meluahkan rasa di Twitter selepas mendedahkan dirinya sebagai penulis skrip filem Tiga Janda Melawan Dunia tidak dijemput ke majlis tayangan perdana, Nazri Vovinski bagaimanapun lega kerana perkara tersebut telah mendapat perhatian serius daripada pihak produksi filem terbabit.

Menerusi ciapan tersebut, dia juga memberitahu pihak produksi mengambil inisiatif bagi membuka satu dewan panggung untuk dirinya membuka kuota kepada orang ramai menonton filem itu secara percuma pada Sabtu ini, jam lapan malam.

“Pihak produksi jumpa dan minta maaf. Beri satu dewan untuk aku ajak menonton filem Tiga Janda Melawan Dunia secara percuma.

“Siapa nak tonton beri nama. Aku buat senarai. Siapa cepat dia dapat. Aku juga ada di sana,” katanya.

Namun begitu, Nazri baru sahaja memaklumkan kuota menonton filem bersamanya pada malam berkenaan telah pun penuh.

“Salam, maaf lewat kemas kini. Kuota Twitter sudah penuh. Terima kasih atas respon,” ujarnya.

Baru-baru ini, Nazri ada memuat naik ciapan di laman Twitter miliknya dengan mendakwa dirinya tidak menerima sebarang jemputan mahupun makluman mengenai majlis tayangan perdana tersebut.

Jelasnya, dia hanya mengetahui mengenai tayangan perdana tersebut selepas namanya dipetik oleh seseorang di laman Facebook milikya.

Berikutan itu, pengarah filem berkenaan, Hyrul Anar, tampil memberikan penjelasan dengan mengatakan ia berpunca daripada pihak produksi terlepas pandang dan berjaya diselesaikan dengan baik.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya