Insya-Allah, sikit sahaja lagi, nati saya beritahu -Wany Hasrita

Insya-Allah, sikit sahaja lagi, nanti saya beritahu -Wany Hasrita

wany hasrita
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA : Penyanyi Wany Hasrita, memaklumkan dirinya kinj cuba sedaya upaya seimbangkan kerjaya dan hal berumah tangga.

Kata penyanyi lagu Menahan Rindu itu, dia sedar kehidupan memerlukan sebuah pembaharuan terutama apabila sudah memasuki fasa baharu.

“Jika orang cakap tahun ini ke, saya akan cakap Insya-Allah. Sedikit sahaja lagi, nanti saya beritahu.

“Dalam kehidupan mungkin kita perlukan pembaharuan dan juga di mana usia saya masuk lagi satu fasa iaitu perkahwinan.

“Saya cuba untuk seiringkan kerjaya, perkahwinan serta keluarga. Jika tidak boleh, kita cubalah yang mana boleh sesuaikan diri nanti,” katanya.

Mengulas lanjut, penyanyi itu turut akui berasa agak segan apabila sering diajukan soalan tentang bilakah dirinya akan mendirikan rumah tangga.

Wany bagaimanapun akan mengumumkan berita gembira itu apabila sudah sampai masanya.

“Dari tahun lepas lagi orang ajukan soalan bila mahu berkahwin itu, saya pun segan.Tetapi itulah, selagi tidak keluar daripada hidup kita, selagi itu tiada kata putus yang tetap lagi bila.

“Walaupun saya beritahu pun namun takdirnya tidak jadi, tidak tahu juga kan. Jadi, sebaiknya hujung-hujung tetapi masih beritahu,” ujarnya.

Wany berkata demikian ketika ditemui di Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), semalam.

Sekadar informasi, penyanyi itu juga berjaya merangkul anugerah Video Meletop menerusi video muzik (MV) lagu Canggung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya