Ibu dedah Neelofa takut lipas, manja dan penyayang orangnya - Utusan Malaysia

Ibu dedah Neelofa takut lipas, manja dan penyayang orangnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Ibu usahawan selebriti terkenal negara, Noor Neelofa, Datin Noor Kartini, mendedahkan, anaknya itu sangat istimewa di matanya kerana memiliki sikap yang baik selain taat pada ibu bapa.

Menurut Kartini, dia percaya, antara rahsia kejayaan Neelofa adalah sikapnya yang sentiasa meletakkan keredaan ibu bapa sebagai keutamaan dalam setiap perkara yang dilakukan termasuk dalam kerjayanya.

“Kalau boleh saya gambarkan, dia sangat istimewa. Tiga sikap yang buat dia berjaya, dia sangat jaga ibu bapa, khidmat dia pada mama, dia percaya dengan reda ibu bapa. Allah SWT bersabda, reda Aku datang selepas reda ibu.

“Bagi saya, anak yang bernama Lofa ini sangat luar biasa. Kekuatan dia, kegigihan dia, pengorbanannya. Air matanya jarang orang nampak. Kita semua boleh tengok jihad dia melawan dirinya sendiri ketika di puncak.

“Dia mula pakai purdah. Dia berhijrah dan mengaji agama dari mula. Panggil ustaz, tak pernah berhenti untuk perbaiki diri,”katanya dalam hantaran yang dimuat naik di Instagram Story semalam.

Selain itu, kata Kartini, Neelofa semasa kecil juga dia sudah menunjukan keperibadian yang baik dan kebetulan dalam kalangan keluarga, selesa memanggilnya dengan panggilan Love.

“Dari kecil dia tak boleh cakap lagi sebenarnya. Kami semua panggil dia Love mungkin sebab ada sinonim juga dengan nama dia, Lofa. Bila besar, memang melekat sikap Love itu. Dia manja, penyayang dan suka mengambil berat.

“Kalau nak tahu, Love ini takut lipas! Dia manja sangat. Selalu telefon mama. Selalu nak masakkan mama walau dia boleh saja beli apa-apa yang dia nak. Tapi dia tetap nak air tangan mama.

“Selalu akan cakap dengan mama, apa dia nak buat. Dia mesti akan kongsikan dengan mama dulu. Semua kena cari restu mama,”katanya.

Dalam pada itu, Kartini juga turut mendoakan anak kesayangannya itu agar terus menggapai kejayaan dan menjadi kebanggan agama dan negara.

“Saya doakan agar setiap doa dia, Allah SWT kabulkan dan setiap apa hajat dia, Allah sempurnakan selain semua impian-impian dia, Allah tunaikan asbab kebaikan dia kepada mama sebagai ibu.

“Semoga juga, cita-cita Love untuk membuka satu empayar perniagaan yang besar dan luar biasa, Allah nampak dan makbulkan. Mama percaya Love mampu sebab dia selalu dahulukan hak-hak Allah, suami, ibu dan keluarga. Allah akan dengar doa dia,amin,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya