Gagal pertahan rumah tangga, Ellie Suriaty-Azri Iskandar cerai - Utusan Malaysia

Gagal pertahan rumah tangga, Ellie Suriaty-Azri Iskandar cerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tiada lagi keserasian menjadi punca kepada perceraian pasangan pelakon, Ellie Suriaty Omar  dan Azri Iskandar meski sudah 19 tahun mereka mendirikan rumah tangga bersama.

Perkara itu dikongsikan oleh Ellie kepada sebuah portal media, Getaran, selepas dia memaklumkan selesai menjalani prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), di ibu kota pagi tadi.

Menurut Ellie yang pernah memenangi anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi filem Penanggal, dia telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya, Azri sebelum Ramadan yang lalu. 

“Ini adalah suatu keputusan yang sukar untuk saya buat. Tetapi, saya sudah memikirkannya masak-masak dan akhirnya, ia perlu dilakukan. 

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Azri untuk segala saat-saat indah, kenangan manis serta pengalaman hidup yang kami lalui bersama sebagai suami isteri. 

“Dia juga seorang bapa yang baik dan cukup menyayangi anak-anaknya. Tapi, rasanya sudah tertulis sampai di sini sahaja jodoh kami. Saya berharap ramai yang akan mendoakan yang terbaik untuk kami,” katanya. 

Ellie masih lagi menjalani penggambaran filem Telaga Suriram arahan Osman Ali selepas terlibat sebagai konsultan untuk pementasan Putri Santubong: The Warrior Princess oleh Perkampungan Budaya Sarawak di Kuching, Sarawak pada tahun lalu. 

Hasil perkahwinan selama ini, mereka telah dikurniakan dua cahaya mata, Azrell Omar Azri Iskandar, 18 dan Nur Azreen, 13 serta dua lagi yang telah meninggal dunia sebelum sempat dilahirkan. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya