KUALA LUMPUR : Sepuluh tahun berada dalam industri, Celebrate TV kini mengorak langkah lebih maju dengan penghasilan bahan-bahan kandungan lebih berkualiti dan bermesej dalam menyuntik nilai positif kepada masyarakat dan penonton.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Fariz Nor, pihaknya komited dalam membawa hala tuju baharu buat platform dan produksi tersebut yang sebelum ini banyak tertumpu pada bidang di belakang tabir.
“Celebrate TV telah menghasilkan hampir 300 jam konten kandungan program, menembusi 8 saluran TV dalam dan luar negara dan telah bekerjasama dengan 100 lebih pelanggan. Kami juga telah menggondol 8 anugerah pengiktirafan dari dalam dan luar negara.
“Sebelum ini, kami dikenali sebagai sebuah syarikat produksi yang menghasilkan pelbagai kandungan kreatif, krew produksi teknikal, servis pengiklanan bersepadu dan juga merupakan agensi pemasaran digital melalui koloborasi pelbagai syarikat di bawah Manggis Group.
“Namun seiring dengan arus zaman dan kehendak penonton, kami merancang untuk meluaskan lagi empayar produksi, dengan menghasilkan bahan kandungan dan program tv yang lebih menarik dan berkualiti khusus untuk masyarakat,”katanya.
Fariz berkata demikian semasa ditemu bual di majlis Rumah Terbuka Manggis Group termasuk sambutan Ulangtahun 1 Dekad Celebrate TV Sdn Bhd (Celebrate TV) yang juga dibawah pengurusan Manggis Group.
Selain itu, kata Fariz, pihaknya juga berbangga dan terharu kerana permintaan terhadap penghasilan kandungan yang bermutu menerusi platform tersebut semakin baik.
“Celebrate TV cenderung menghasilkan program-program berbentuk majalah,lifestyle serta program realiti. Seiring dengan era digital yang menjadi platform utama kini, Celebrate TV tidak ketinggalan menjadi antara penyumbang menghasilkan program-program yang terbaik untuk tontonan masyarakat.
“Produk yang dihasilkan tidak hanya kosong semata-mata sebaliknya mempunyai input serta perkongsian yang berilmiah. Malah, Manggis Group boleh berbangga kerana Celebrate TV juga kini aktif menerbitkan telefilem untuk tayangan di stesen TV tempatan.
“Antara yang bakal ditayangkan adalah Telefilem Kami TV dan juga Gadis K.O.L. yang membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Nafiz Muaz, Siti Khadijah, Aniq Suhair, Shalma Ainaa, Didie Alias, Luqman Hafidz dan ramai lagi,”katanya.
Tambah Fariz, pihaknya juga optimis dengan usaha kearah pembikinan drama kerana ia merupakan satu langkah kehadapan dalam menjadikan Celebrate TV sebaris dengan produksi-produksi yang sedia ada.
Dalam pada itu, Manggis Group juga mencatat satu lagi kejayaan dengan membuka cabang perniagaan baharu menerusi anak syarikatnya iaitu Tok Mart Sdn Bhd.
“Pihak kami juga telah menandatangani memorendum persefahaman bersama Iana Corporation dari Miri, Sarawak yang membawa jenama Siti Payung baru-baru ini dan perjanjian ini merupakan satu inisiatif dalam memasarkan produk tradisi Malaysia melalui sistem dalam talian.
“Antara barangan yang dijual adalah kepelbagian makanan berasaskan kerepek, serunding, dodol dan terbaru ialah kek lapis Sarawak. Istimewanya produk ini turut boleh didapati melalui Shopee, Lazada, Grab Food, Food Panda, Youbeli dan website TokMart di https://tokmart.com.my/”katanya.
Untuk info, Tok Mart juga yang baru ditubuhkan tidak sampai satu tahun merupakan finalis bagi ‘Top E Merchant Award 2021’ anjuran Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (“SIDEC”).
Tok Mart juga aktif menjalinkan kerjasama dengan pelbagai pihak termasuk terkini bersama Universiti Multimedia (“MMU”) Cyberjaya untuk program pembangunan usahawan digital melalui ‘Open Sandbox Program’.
Melihat pada perkembangan perniagaan yang dibuat oleh Manggis Group melalui Celebrate TV dan juga Tok Mart Sdn Bhd pastinya menjadi satu inisiatif yang positif.