Bakal berbesan dengan Maria Farida? Nourul Wahab okey saja - Utusan Malaysia

Bakal berbesan dengan Maria Farida? Nourul Wahab okey saja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mendedahkan anaknya, Ayu Nazirah kini sedang bercinta dengan anak lelaki Datin Seri Maria Farida iaitu Mizan Ashley, penyanyi, Nourul Wahab mengaku dia terbuka menerima mana-mana lelaki yang diperkenalkan oleh anaknya itu.

Menurut Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab, anaknya itu baru sahaja menjalin hubungan cinta dengan anak Maria sejak empat bulan lalu.

Bagaimanapun, penyanyi berusia 44 tahun ini memohon agar netizen memberi ruang dan masa untuk anak mereka mengenali satu sama lain terlebih dahulu.

“Ayu dan Mizan baru kenal empat bulan. Biarlah mereka kenal-kenal dahulu. Apa yang Allah takdirkan, InsyaAllah kami terima. Doakan yang terbaik saja.

“Tak boleh nak komen lebih-lebih sebab baru lagi dan kami terkejut juga yang kata bakal berbesan. Belum ada apa apa perbincangan pun. InsyaAllah.

“Bagi mereka masa, mereka yang bercinta, kami mak-mak sokong saja. Asalkan anak-anak gembira dan bahagia,” katanya.

Foto Ayu bersama Mizan yang dimuat naik di akaun Instagram Nourul mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya teruja keluarga penyanyi itu dengan Maria bakal bersatu.

Untuk rekod, Ayu merupakan anak sulung Nourul dengan bekas suaminya yang juga seorang komposer terkenal iaitu Ajai.

Dalam pada itu, Nourul yang kini menetap di Bali, Indonesia memberitahu hubungan dia dengan Maria semakin rapat biarpun pernah terpisah disebabkan kekangan kerja serta urusan peribadi.

“Saya hormati kak Maria sebagai senior. Memang kenal tapi dah lama terpisah kerana urusan kerja dan peribadi masing-masing. Cuma sekarang makin rapat.

“Sebagai kenalan artis saya memang meminati dia sebagai wanita yang kuat dan cantik. Pertemuan antara keluarga tu kami jumpa sebab anak-anak bercinta.

“Kami sesama artis memang kenal. Jadi kami jumpa lah. Kak maria pun ada ke Bali untuk bercuti. Itu yang merapatkan lagi hubungan kami,”katanya.

Sementara itu, Nourul turut menasihati anak perempuannya agar mengenali lebih dekat Mizan sebelum membawa hubungan mereka ke arah yang lebih serius.

“Kenal sebaiknya dulu. Berpasangan ni nak kena adjust macam-macam dari segi karakter dan emosi. Mula jatuh cinta semua indah-indah belaka.

“Manusia ada banyak kekurangan. Mesti kena kenal satu sama lain dan ada pemahaman serta penghormatan. Lepas tu boleh berpanjangan.

“Cinta saja tak cukup. Harus seimbang karakter, peribadi, pekerjaan (kewangan) mental dan fizikal,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya