KUALA LUMPUR : Sedikit pun tidak goyah dengan kecaman dan kritikan netizen yang sering melakukan body shamming terhadapnya, pelakon, Almy Nadia, 36, cuma menganggap golongan seperti ini umpama manusia yang kurang kasih sayang.
Menurut isteri pelakon Datuk Fizz Fairuz ini, dia tetap positif dan tidak pernah kisah dengan kutukan orang tentang bentuk tubuh badannya kini yang dilihat semakin berisi berbanding zaman sebelum dia berkahwin.
“Cuma nak minta semua tolong berdoa, agar yang menulis ini bahagia dunia akhirat. Semoga pemilik akaun Instagram ini dapat reda dengan apa yang dia lalui.
“Mungkin zaman makin moden ini, pemilik akaun ini kurang kasih sayang dan kehidupan dia sedih sangat-sangat. Jom kita berdoa agar dia bahagia dunia akhirat.
“Minta semua doa yang baik-baik ya! Saya tak kisah tau. Saya sangat-sangat okey saja,”katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di instagram.
Menerusi hantaran yang sama, Almy juga memuat naik beberapa tangkap layar akaun instagram pemilik yang mengutuk dirinya itu.
Antara yang ditulis oleh pengguna media sosial itu ialah seperti berikut.
“Kak, tolonglah berhenti buat senaman otot rahang. Tolonglah berhenti makan kak!
“Badan kau sendiri gemuk, kenapa nak promosi ubat kurus untuk pengikut kau?”kata pemilik akaun Hanis Stellaa.
Berikutan dengan perkongsian tersebut, rakan-rakan artis yang mengikut perkembangan Almy juga dilihat meninggalkan komen sebagai tanda menyokong pelakon tersebut.
Antaranya ialah pelawak, Achey, pengacara Iesya toh dan isteri penyanyi Tomok, Ayu Abas.