Aishah mohon supaya konsert ditangguhkan seminggu

Aishah mohon supaya konsert ditangguhkan seminggu ekoran pertembungan dengan Ziana

konsert
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Berlaku pertembungan tarikh dengan Ziana Zain dan Anuar Zain, penyanyi pop legenda tanah air, Datuk Aishah Ariffin, memohon agar pihak Dewan Filharmonik Petronas (DFP) mempertimbangkan semula tarikh penganjuran konsertnya pada 6 Ogos depan.

Menurut Aishah, dia sanggup memberi laluan kepada penganjuran persembahan adik-beradik popular itu. Beliau enggan peminat dan pelbagai pihak berasa berbelah bahagi untuk hadir pada satu tarikh yang sama.

“Risau juga sebab saya sendiri pun nak pergi tengok juga konsert Ziana dan Anuar. Masa dapat tahu mengenai hal ini, saya terkejut juga. Lebih memikirkan perasaan peminat yang mungkin berbelah bahagi nak tengok kedua-dua konsert.

“Bagi saya, buat apa nak berlaga dua konsert pada satu tarikh yang sama bukan? Tapi tentang hal ini, pihak DFP kena buat keputusan, fikirkan semula.

“Kalau boleh ditangguhkan seminggu dua pun, saya okey.Jangan buat pada malam yang sama. Kasihan juga pada peminat dan pihak media,” katanya.

Aishah berkata demikian semasa ditemui di sidang media pelancaran single terbarunya yang berjudul Ketentuan Takdir di ibu pejabat Universal Music, di sini, semalam.

Selain itu, akui Aishah, ini bukan soal dia bimbang tentang ketidakhadiran peminat ke konsertnya tetapi lebih kepada menyokong rakan artis lain.

Pandemik

“Kalau saya beralah bukan bermaksud saya risau peminat nanti tak datang ke konsert saya. Itu soal rezeki. Saya cuma rasa, selepas dua tahun pandemik berlaku, bukan saja penyanyi, tetapi peminat pun merindui menonton persembahan live artis kesayangan mereka.

“Industri pun bukannya besar mana. Kita kalau boleh nak saling menyokong. Biarlah saya ditangguhkan seminggu pun, saya tak kisah. Konsert besar begini bukan selalu diadakan.

“Sepanjang 35 tahun dalam industri, dah dapat tarikh nk buat konsert sebelum ini, tapi nak dijadikan cerita, kita berdepan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pula. Tapi bila jadi macam ini, saya sanggup tunda konsert demi beri laluan pada mereka,”katanya.

Sebelum ini, pihak DFP mengumumkan penganjuran konsert beberapa artis bersama Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal berlangsung dengan antaranya adalah menerusi konsert solo, Aishah & MPO: A Symphonic Rendezvous pada 6 Ogos depan.

Aishah akan menyertai MPO yang sekali lagi dipimpin konduktor Ahmad Muriz Che Rose dan difahamkan bakal mempersembahkan seleksi lagu popularnya yang akan diberikan nafas simfonik baharu oleh MPO.

Selain Aishah, kumpulan Ruffedge juga dijadualkan akan beraksi buat kali pertamanya di pentas DFP menerusi konsert Ruffera pada 2 Julai.

Sementara itu, pada 14 Mei lalu, DFP dan MPO telah memberi penghormatan kepada komposer legenda Malaysia, S. Atan menerusi konsert Cahaya Aidilfitri – A Tribute to S. Atan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya