Agak tertekan tapi kena kuat - Irfan Haris - Utusan Malaysia

Agak tertekan tapi kena kuat – Irfan Haris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas hampir setahun menahan sakit tonsil, penyanyi Irfan Haris bakal menjalani pembedahan yang dijadualkan pada Julai depan di Pusat Pakar Perubatan KPJ Dato Onn, Johor Bahru.

Kata penyanyi Pesan itu, keadaan kesihatan kurang baik turut memberi tekanan kepada dirinya kerana boleh menjejaskan sumber pendapatan rezekinya sebagai seorang penyanyi.

“Mungkin kena jalani pembedahan, kalau bedah saya kena rehat sebulan dualah.

“Agak tertekan tetapi saya kena kuat dan positif juga. Buat masa sekarang ini saya masih boleh bergantung pada ubat.

“Jadi saya kena jaga makan ubat dan jangan paksa sangat menyanyi. Insya-Allah saya boleh mula menyanyi balik secara perlahan-lahan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Kongsi adik penyanyi Amira Othman, dia berterima kasih dan bersyukur kerana dihujani sokongan moral daripada peminatnya.

Untuk rekod, Irfan kini sedang berehat di rumah selepas menerima rawatan di hospital.

Terdahulu Irfan ada memuat naik perkongsian video mendedahkan dirinya menghidap penyakit tonsil yang hampir setahun tidak menunjukkan perkembangan pulih.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya