10 ikon penyiaran kembali ke Buletin Utama - Utusan Malaysia

10 ikon penyiaran kembali ke Buletin Utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Sempena ulang tahun TV3 yang bakal tiba, 10 ikon penyiaran terkemuka tanah air bakal memberi kejutan buat penonton setia Buletin Utama menerusi penampilan istimewa mereka bermula 26 Mei hingga 1 Jun 2022, pada pukul 8 malam.

Antara yang terlibat ialah, Rosli Dahamin, Fuad Rahman, Datuk Jasni Shafie, Abu Bakar Atan, Zainal Ariffin Ismail, Ezzah Aziz Fawzy, Nurfarahin Jamsari, Azmi Aziz, Azura Abdul Karim dan Zakiah Anas.

Pihak TV3 dalam satu kenyataan memaklumkan,  nama-nama tersebut adalah sangat sinonim dengan Buletin Utama di TV3 sejak stesen nombor satu negara ini mula beroperasi pada 1 Jun 1984. 

Penampilan itu juga adalah bersama-sama dengan barisan penyampai berita seperti Mior Abdul Malek Raiyani, Azaria Tagaya, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Ezreena Amir Hamzah, Siti Khadijah Jaafar dan Khairul Rizuan Azizan.

Kemunculan mereka juga adalah antara usaha TV3 dalam mengembalikan nostalgia dan mengubati rindu penonton yang ingin melihat ikon penyiaran beraksi di Buletin Utama. 

Nantikan paparan 7 laporan khas bersempena dengan ulang tahun TV3 ke-38 yang bakal menelusuri program-program TV3 seperti Anugerah Juara Lagu,  Majalah 3, Nona, Jejak Rasul, Malaysia Hari Ini, Wanita Hari Ini, 999 dan tidak ketinggalan dan Buletin Utama.

Selain itu, uji bakat pencarian wajah baharu buletin TV3 yang sedang rancak berlangsung di TikTok dari 10 Mei hingga 31 Mei 2022 mendapat sambutan yang amat memberangsangkan. 

Ia mensasarkan kepada warganegara Malaysia yang berumur dari 19 hingga 30 tahun dalam usaha mencari seterusnya menggilap bakat muda menjadi ‘Wajah’ kepada Buletin TV3. 

Bagi mereka yang berminat, jangan melepaskan peluang ini untuk menyertai uji bakat tersebut. 

Rakam video anda (durasi video lebih 60 saat) menyampaikan dua skrip berita (dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris atau kedua-duanya) dan muat naik ke akaun TikTok peribadi berserta tanda pagar (“hashtag) #WajahbaharuBuletinTV3 #PenyampaiBuletinTV3 dan #BuletinTV3. 

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya