Teruskan misi kemanusiaan, Anuar Zain selamat bertolak ke Lubnan - Utusan Malaysia

Teruskan misi kemanusiaan, Anuar Zain selamat bertolak ke Lubnan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi terkemuka tanah air, Anuar Zain, 52, selamat bertolak ke Lubnan semalam, bagi meneruskan misi kemanusiaan bersama pasukan Syria Care sebagaimana yang dijadualkan sebelum ini.

Menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Syria Care, misi tersebut mencakupi urusan bantuan bekalan dan agihan makanan yang akan dilaksanakan kepada kelompok penerima sasaran.

“Misi ini terbahagi kepada dua pasukan yang mana, pasukan pertama telah pun berada di bumi Syria pada minggu pertama Ramadan lalu untuk mengurus selia proses pelaksanaan agihan bantuan.

“Pasukan misi Syria Care seterusnya akan bertolak ke Lubnan pada 10hb April (semalam) bersama Anuar dan akan bertemu pasukan di sana untuk tujuan ini. Anuar dijadualkan berada i Lubnan selama 7 hari.Misi Syria Care juga adalah bagi memastikan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh penyumbang dilaksanakan dengan baik.

“Video dan gambar pelaksanaan agihan bantuan sepanjang bulan Ramadan akan dikongsikan kepada penyumbang melalui semua platform media Syria Care sebagai manifestasi ketelusan pelaksanaan kempen ini,”kata kenyataan itu.

Menerusi perkongsian yang sama, setakat 31 Mac 2022, sumbangan yang diperoleh hanya 12% dari sasaran sebanyak RM4.2juta.

Ia sekali gus menyaksikan masih banyak lagi sumbangan diperlukan bagi menyantuni keperluan mereka dan pihak Syria Care menyeru orang ramai untuk meneruskan tajaan set iftar dan pek makanan untuk pelarian Syria sepanjang Ramadan ini.

Bagi mereka yang ingin menyumbang khususnya menaja set iftar serendah RM15 atau pek makanan kering bernilai RM150 boleh berbuat demikian melalui pautan khas Anuar Zain iaitu donate.syriacare.org.my/order/form/oderfood/anuarzain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya