Terpisah 34 tahun, Tiz Zaqyah akhirnya bertemu abang kandung - Utusan Malaysia

Terpisah 34 tahun, Tiz Zaqyah akhirnya bertemu abang kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon cantik, Tiz Zaqyah meluahkan rasa gembira apabila Ramadan kali ini dia akhirnya berpeluang bertemu dengan abang kandungnya.

Menerusi perkongsian hantaran di Instagram milik pelakon Nur itu, mereka sebelum ini terpisah selama 34 tahun.

“Saya memang selalu mengharapkan ada abang. Keajaiban, hajat saya tertunai. Ramadan paling indah.

“Kami berjumpa pada Isnin lalu. 34 tahun sepanjang hidup saya, hello abang Zacky dan kakak ipar saya yang cantik dan anak-anak buah!!

“Momen yang sangat beremosi. Alhamdulillah, akhirnya disatukan, permudahkanlah perjalanan kami sekeluarga,” luahnya.

Meninjau ruangan komen hantaran itu, abangnya turut melayangkan rasa syukur.

“Syukur dapat jumpa Tiz. Semoga dapat berjumpa dengan ayah kita pula! Minggu yang sangat menyentuh perasaan,” komen abang Tiz.

Serentak dengan perkongsian tersebut, majoriti rakan-rakan artis membanjiri ruangan komen dengan ucapan positif. Antara rakan artis tersebut seperti Yasmin Hani, Alif Satar, Zain Hamid dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya