Terkejut dituduh dah kahwin, Wany Hasrita kata lambat lagi - Utusan Malaysia

Terkejut dituduh dah kahwin, Wany Hasrita kata lambat lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kononnya, Sabtu minggu lalu,Wany Hasrita dikatakan sudah selesai menjalani majlis akad nikah dengan jejaka pilihannya namun perkara itu dinafikan dengan tegas oleh penyanyi dan pengacara ini.

Hal ini dijelaskan oleh Wany sendiri yang meluahkan rasa terkejut dengan dakwaan yang bertebaran memandangkan hal itu tidak pernah terjadi.

Bagaimanapun, dia mengaku bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi cuma bukan dalam masa terdekat.

“Manalah mereka dengar cerita ini? Saya belum kahwinlah. Sabtu lalu pun saya tengah kerja, mengacarakan program Borak Dulu Baru Sahur di saluran TV1. Ada saksi. Tapi saya tidak menafikan akan berkahwin, Insya-Allah pada tahun ini.

“Dalam masa terdekat itu tak adalah. Lepas Syawal pun tidak,”katanya ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, semalam.

Selain itu, kata Wany, dia masih belum bersedia untuk mendedahkan secara terperinci mengenai hari bahagianya itu kelak termasuk siapakah gerangan lelaki yang juga menjadi bakal suaminya itu nanti.

“Sehinggalah nanti tarikh, masa dan tempat sudah diputuskan secara rasmi, dan kad pun dah siap, baru saya akan maklumkan kepada semua. Tentang merisik pun saya tak mahu kongsikan bila sebab nak jaga hati banyak pihak.

“Tapi satu yang pasti, bila nak nikah nanti saya memang akan maklumkan dan jemput media,”katanya.

Ditanya sama ada dia merancang untuk melangsungkan perkahwinan dalam suasana yang meriah, kata Wany, dia tidak memilih jalan itu dan lebih selesa untuk mengadakan sebuah majlis sederhana, cukup dihadiri oleh keluarga, teman, kenalan dan media.

“Walaupun dah masuk era endemik sekarang dan keadaan pun dah tak macam semasa kita lalui pandemik, tetapi saya percaya, kita masih perlu menjaga diri. Kalau boleh, perancangannya nak buat majlis yang intimasi dan sederhana.

“Satu yang boleh saya beritahu, bakal suami saya itu bukanlah orang industri. Harapan saya daripada dulu lagi, memang nak suami yang bukan orang seni. Nak kata tercapai impian itu sekarang, belum lagi.

“Tunggu sehingga sah lafaz aku terima nikahnya itu, barulah boleh dikatakan yang impian saya sudah tercapai. Sekarang ini, nak kata rasa berdebar itu pun belum ada. Lambat lagi majlisnya, jadi sekarang rasa biasa saja,”katanya.

Dalam pada itu, Wany juga melahirkan rasa syukur kerana kedua-dua belah keluarga setakat ini memberi restu dan segala urusan untuk majlis tersebut dikendalikan dengan lancar.

Malah, kata penyanyi lagu Pedas ini menganggap dirinya sudah lama bersedia untuk bergelar seorang isteri dan masih lagi perlu sentiasa belajar tentang ilmu rumah tangga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya