Tak nak ditemu bual, Sarah Hilderbrand umum bersara dari dunia seni - Utusan Malaysia

Tak nak ditemu bual, Sarah Hilderbrand umum bersara dari dunia seni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Setelah lapan tahun melibatkan diri dalam dunia seni hiburan, pelakon, Sarah Hildebrand akhirnya mengumumkan bersara dari dunia seni atas alasan tertentu.

Biarpun sedar dia masih menerima tawaran daripada syarikat produksi, namun Sarah atau nama sebenarnya Nur Sarah Marie Hildebrand Asyraf Hildebrand tidak mahu lagi menjadi pelakon atau pengacara TV.

“Saya fikir sesuai untuk memaklumkan bahawa saya mahu bersara daripada dunia seni di Malaysia. Saya tidak akan terima tawaran sama ada sebagai pelakon atau pengacara televisyen (TV).

“Saya sebenarnya masih dapat tawaran daripada produksi, maaf cuma tidak beri maklum balas lagi. Pengumuman bersara ini, buatlah apa-apa pun bagi tular dan semua orang tahu,” katanya.

Pelakon berusia 32 tahun itu membuat pengumuman itu dengan memuat naik video ‘reels’ di laman Instagram miliknya hari ini.

Rata-rata peminat memberi kata-kata semangat dan mengharapkan yang terbaik buat pelakon drama Pujaan Hati Kanda.

Kali terakhir lakonan Sarah ditayangkan menerusi drama Seindah Tujuh Warna Pelangi yang bersiaran pada 2020 menerusi saluran TV3.

Dalam pada itu, pelakon kacukan Amerika dan Jerman turut mengucapkan terima kasih dan menghargai semua kenangan pahit manis sepanjang bergelar anak seni.

“Terima kasih untuk pahit manis selama ini. Saya akan hargai setiap momen dan pengalaman itu. Semua itu bantu saya jadi manusia dan artis yang lebih baik. Jumpa kalian semua di sisi yang lain,” katanya.

Sementara itu, Sarah turut memaklumkan bahawa dia enggan menerima sebarang temu bual mengenai pengumuman tersebut.

“Saya, Sarah Hildebrand dengan rasa hormatnya tidak akan mengambil sebarang temu bual berkaitan dengan pengumuman bersara, atau sebarang temu bual melibatkan perkara itu,” katanya.

Untuk rekod, Sarah mencetuskan kontroversi apabila dia mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung pada Oktober 2020 selepas hampir setahun berkahwin dengan Otto Gilen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya