Sila minta maaf! Aliff Syukri bakal saman Damian? - Utusan Malaysia

Sila minta maaf! Aliff Syukri bakal saman Damian?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, bakal memfailkan saman terhadap penerbit dan komposer lagu, Damian Mikhail, atas dakwaan memfitnah.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu Kelepak Kelepuk Raya itu menerusi entri Instagram miliknya.

Katanya, dia akan meneruskan saman tersebut jika Damian yang juga salah seorang anggota kumpulan V.E itu tidak memadam hantarannya sebelum ini yang berkaitan dengan video muzik lagu raya terbaharunya itu.

Selain itu, dia turut meminta individu tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka beserta video.

“Sila padam hantaran anda yang melampau dalam masa 24 jam sebelum surat saman saya hantar
kepada anda. Siapa makan cili dia terasa pedas. Sila buat pemohonan maaf ya terbuka awak tulis.

“Nama saya ya… sila tag mamat itu.. 24 jam tidak ada, tunggu peguam saya buat kerja,” katanya di Instagram.

“Dan pastikan buat pemohonan maaf beserta video. Kalau tidak saman tetap berjalan. Lain kali nak megutuk pun guna otak…,” katanya.

Menerusi hantaran terbaharu, dia tampil memberi penjelasan lagi mengenai isu tersebut menerusi beberapa klip di Instastory.

“Sebenarnya saya tiada masalah dengan sesiapa pun sama ada artis atau orang biasa yang mengutuk mahupun menghina suara saya. Suara itu adalah seni, ada orang suka dan tidak suka.

“Tetapi jima sudah melibatkan diri saya, yang saya tidak buat dan awak memfitnah. Menyebut pula nama saya dan perkara tersebut boleh menjadi satu bukti di mahkamah di mana saya tidak melakukan perkara tersebut. Tindakan boleh dilakukan.

“Saya juga sudah meminta orang itu padam tetapi dia senyap, mungkin pihak peguam yang patut melakukan tindakan ini. Kita lihat sahaja,” katanya.

Sebelum ini, Damian tampil bersuara berhubung kontroversi yang melibatkan usahawan tersebut
berikutan video lagu raya terbaharu yang dikatakan mencolok mata dan bertentangan dengan budaya tempatan.

Dia menyifatkan bahawa Aliff menghasilkan video sebegitu bukanlah untuk publisiti mahupun wang malah menganggap ia hanya sekadar mahu ‘memondan’ dalam muzik video tersebut.

Terdahulu, penayangan video berkenaan melalui media sosial mendapat kecaman ramai pihak berikutan ia memaparkan sekumpulan penari lelaki bersolek dan berperwatakan lembut dengan tarian mencolok mata yang tidak sesuai untuk tontonan ramai lebih-lebih ketika di bulan Ramadan.

Pada selasa, Aliff Syukri dipanggil bagi memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), bagi membantu siasatan berhubung video muzik tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya