Semoga Siti Nurhaliza selamat pergi dan balik - Noraniza Idris - Utusan Malaysia

Semoga Siti Nurhaliza selamat pergi dan balik – Noraniza Idris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Semoga selamat pergi dan balik ke Malaysia adikku,”.

Demikian doa Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris terhadap penyanyi Datuk Sri Siti Nurhaliza yang kini berada di Tanah Suci Mekah.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Irama Malaysia itu turut berpesan buat Siti Nurhaliza agar senantiasa berwaspada dan dipermudahkan segala urusan ibadahnya di sepanjang berada di Tanah Suci Mekah.

“Jaga keselamatan diri sepanjang dekat sana. Semoga dapat mencari Lailatulqadar di akhir Ramadan ini dan diberkati setiap urusan mu hingga mendapat umrah yang mabrur,” coretnya.

Pada masa sama Noraniza juga berkesempatan memohon kepada Siti agar menyampaikan salam kepada Nabi Muhammad.

“Sampaikan salam pada Rasulullah… Al-Fatihah,” titipnya.

Meninjau ruangan komen di Facebook Sinar FM, majoriti melayangkan rasa terharu atas doa tersebut.

Dalam masa sama rata-rata peminat turut mengharapkan dua penyanyi hebat itu kembali membuat kemunculan bersama dan membuat rakaman semula lagu hit duet mereka, iaitu Hati Kama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya