Selamat jalani rawatan penyakit gastrik, Ziana Zain titip rasa syukur. - Utusan Malaysia

Selamat jalani rawatan penyakit gastrik, Ziana Zain titip rasa syukur.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi terkenal tanah air, Ziana Zain, menitipkan kesyukuran kehadrat Ilahi selepas selamat menjalani rawatan pemulihan penyakit gastrik.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu popular Madah Berhelah itu menerusi entri Instagram miliknya.

Menurut Ziana, punca dirinya kerap diserang penyakit tersebut adalah disebabkan saluran ulu hatinya yang telah longgar.

Selain itu, dia menitipkan harapan agar bebas daripada penyakit gastrik dan tekanan darah tinggi juga kembali normal, selepas menerima rawatan daripada doktor pakar yang dikenali sebagai Dr. Mustafa Mohammad Taher.

“Syukur Alhamdullilah, kak Ziana sudah selamat menjalani rawatan untuk gastrik. @dr.mustafamt menielaskan angin yang selalu menyerang Kak Ziana rupanya berpunca dari saluran ulu hati yang dah longgar.

“Jadi, cecair gastrik boleh senang masuk ke saluran itu. Alhamdulillah berkat dari kepakaran Dr. Mustafa, kak Ziana dapatlah menjalani kehidupan seperti biasa.

“Insya-Allah, bebas dari gastik dan tekanan darah tinggi kak Ziana kembali normal. Amin,” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, Ziana turut menyeru orang ramai agar mencegah penyakit sebelum menjadi lebih parah.

“Mungkin ramai yang berfikiran bahawa Rawatan Bariatic ini hanya untuk penurunan berat badan. Sebenarnya ia juga boleh merawat penyakit gastrik, kolestrol serta diabetis juga.

“Rupa-rupanya banyak penyakit yang berpunca dari permasalahan perut. Bagi Kak Ziana, yang penting kita kena cegah sebelum parah.

“Terima kasih kepada @dr.mustafamt @cgimedicalcentre @rafeahariffin dan semua staff hospital yang menjaga kak Ziana sepanjang saya disana,” coretnya panjang.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata peminatnya dan rakan artis turut menzahirkan rasa gembira selain mendoakan penyanyi itu diberikan kesembuhan dengan segera.

Sebelum ini, penyanyi lagu Putus Terpaksa itu mendedahkan dirinya mengalami masalah gastrik sehingga mengganggu jadual pekerjaan dan aktiviti hariannya.

Tambahan pula, penyakit yang dialaminya itu bukan satu perkara baharu kerana sudah empat tahun ditanggungnya sejak 2018.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya