KUALA LUMPUR: Pelakon, Iman Zulkarnain, 31, tampil menempelak secara terbuka kepada netizen yang bermulut jahat berhubung berita perceraiannya.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia, pelakon drama rantaian hit, Nur itu berkata, dia tampil bersuara lantang kerana menyifatkan segelintir netizen seolah-olah lebih tahu tentang kehidupannya.
“Susulan berita perceraian telah memberi impak negatif kepada keluarga saya.
“Jadi saya hanya meluah isi hati terpendam ini secara terbuka sahaja.
“Rasanya adil bagi saya andai saya berkata demikian dengan netizen. Hanya yang diluah itu sahaja,” ujarnya.
Terdahulu, Iman memuat naik perkongsian hantaran video di laman Instagram dan TikTok dengan melayangkan sakit yang terpendam sudah lagi tidak tertanggung.
“Anda kata saya teruk dan sebagainya atas apa yang pernah terjadi dalam kehidupan saya. Lucunya, ini hidup saya bukan anda.
“Sudah tentulah saya lebih mengetahui tentang hal sebenarnya daripada anda yang bodoh, jahil, sombong, toksik, dan tak berguna,” luahnya.
Untuk rekod, Iman berkahwin dengan isteri pertama pada 28 Januari 2012. Mereka dikurniakan tiga anak berusia, 10, 6, dan 4 tahun.
Pada tahun lalu, Iman melafazkan talak ke atas isteri pertamanya namun proses pengesahan perceraian itu masih berjalan.
Bersama isteri kedua pula pada 15 April 2019 namun bercerai pada Disember tahun sama. Begitu pun, perkahwinan itu tidak dikurniakan zuriat.
Dalam perkembangan lain, Iman bakal muncul dengan telefilem arahan Rashid Sibir berjudul Jeman pada Syawal depan.