Saya bukan lagi 21 tahun - Elizabeth Tan mahu tampil lebih matang

Saya bukan lagi 21 tahun – Elizabeth Tan mahu tampil lebih matang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bakal menginjak usia 30 pada tahun depan, penyanyi dan pelakon berbakat besar, Elizabeth Tan berharap dapat tampil lebih matang dalam lagu dan penampilannya.

Kata penghibur yang mesra disapa Lizzy ini, dia merasakan sudah tiba masanya untuk melakukan perubahan seiring kematangan serta pertambahan usia.

“Saya dah 30 tahun depan. Kini berkahwin dan sedang merancang untuk mendapatkan anak.

“Saya bukan lagi 21 tahun. Rasa sudah tak sesuai terjoget-joget. Macam tak kena.

“Rasanya dah kena sedar dan tak boleh menipu diri sendiri. Orang akan menilai dan ia akan memberi kesan terhadap engagement saya dengan peminat,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kata Elizabeth lagi, dia juga secara perlahan-lahan mahu membuang imej seksi dalam muzik yang dibawakan dan lebih selesa mengetengahkan genre lebih santai dan tenang.

“Saya ada tiga single yang akan saya keluarkan pada tahun ini. Semuanya dalam Bahasa Melayu.

“Yang akan dikeluarkan bulan Jun depan seakan-akan lagu saya sebelum ini, Semua Sudah. Dua lagi single akan menyusul selepas itu. Kedua-duanya berentak lebih santai.

“Tahun ini adalah tahun ke lapan saya dalam industri. Genre lagu mungkin perlu diubah. Saya masih yang sama. Cuma jenis muzik akan sedikit berbeza,” katanya lagi.

Dalam pada itu, pelakon drama Ex Aku Pontianak ini turut memaklumkan bahawa dia akan meninggalkan syarikat rakaman Warner Music bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya lakonan.

“Saya harus buat keputusan demi mengembangkan lagi kerjaya lakonan saya.

“Pihak Warner Music setuju melepaskan saya. Tetapi saya perlu keluarkan tiga lagu berkenaan sebelum melangkah keluar,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya