Saya ada lima orang bodyguardlah! - Ifa Raziah  - Utusan Malaysia

Saya ada lima orang bodyguardlah! – Ifa Raziah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Bukan hendak berlagak, tetapi kata pelakon dan pengacara sensasi, Ifa Raziah, 47, dia telah pun menggajikan lima orang bodyguard atau pengawal peribadi sebagai persediaan untuk menjaga keselamatannya sepanjang terlibat dengan program Starvendors Mega Fest Raya 2022 nanti.

Kata Ifa atau nama sebenarnya, Saripah Raziah Mustapha, tindakan itu dibuat bagi memastikan keselamatannya terjamin memandangkan dia juga sering memakai barangan kemas yang sarat pada tubuhnya.

“Risau barang kemas hilang? Tak kot. Sebab saya dah pasang lima orang bodyguard nanti sebab tahu sepanjang tiga hari program Starvendors itu diadakan, memang orang akan ramai. 

“Saya ini bukannya tiap-tiap hari pakai barang kemas begini. Cuma akan pakai masa majlis atau program tertentu sahaja,”katanya.

Ifa berkata demikian semasa ditemui pada malis sidang media program tersebut yang diadakan di Restoran Riverside, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), di sini, semalam.

Selain itu, kata selebriti serba boleh ini, dia juga berpendirian bahawa pemakaian barangan kemas adalah sebagai satu simbolik kepada kejayaan seseorang.

“Orang kita ini, biasanya suka menilai seseorang itu berjaya atau tidak menerusi harta benda yang dimiliki. Ada orang tayang kereta mewah, barangan berjenama dan sebagainya. Tapi saya pakai barang kemas ini pula untuk buktikan kepada orang bahawa saya pun dah berjaya.

“Boleh dikatakan ia juga sebagai satu strategi pemasaran juga. Biar orang kenal dan tahu,”katanya.

Selain itu, kata Ifa, dia tidak kisah jika ada yang berpandangan barangan kemas yang digayakannya selama ini sebenarnya adalah emas tiruan.

Jelas Ifa, dia tidak perlu menjawab persoalan dan pertikaian netizen kerana masing-masing berhak berkata apa pun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya