Rezeki seni melukis Joey, Sultan Johor tambah 15 ‘job’ mural lagi - Utusan Malaysia

Rezeki seni melukis Joey, Sultan Johor tambah 15 ‘job’ mural lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelawak dan pelakon, Joey Daud tidak menyangka, air tangan lukisannya  telah mendapat perhatian Sultan Johor, Sultan Ibrahim Alhamarhum Sultan Iskandar sehingga dia kemudiannya diberikan lagi tawaran untuk melukis 15 buah mural lagi di sekitar bandar Muar, Johor.

Menurut Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud,49, selepas mendapat perkenan daripada Baginda, dia kini dipertanggungjawabkan untuk meneruskan projek mural itu termasuk di daerahTangkak.

“Ketika terima projek ini, Baginda ada berpesan jangan jadikan bandarnya sebagai sebuah bandar lukisan. Kalau nak tahu, Asalnya saya hanya menghasilkan tiga mural untuk Majlis Perbandaran Muar.

“Tapi, Sultan Ibrahim yang kebetulan berada di Muar untuk bersarapan, melihat dan menyukai hasil potret saya. Jadi Baginda menambah jumlah mural yang perlu disiapkan tahun ini iaitu sebanyak 15 mural.

“Sejujurnya sebelum saya dapat projek ini, ramai yang hantar tender tetapi alhamdulillah Baginda menyukai idea dan konsep yang saya sampaikan,” katanya.

Melihatkan jadual kerja yang agak padat, Joey akui waktu bersama keluarga sedikit terbatas dek kerana terlalu sibuk dengan tugasan sebagai pelukis dan pelakon.

“Alhamdulillah rezeki dalam bidang seni ini sentiasa ada sebab itulah setiap kali keluar bekerja saya akan maklumkan pada isteri dan anak-anak apa sahaja yang akan saya lakukan.

“Saya juga selalu ingatkan isteri yang saya ini hanyalah seorang ‘freelance’. Tiada pekerjaan tetap. Maknanya, selagi orang masih suka dan percaya pada bakat kita, saya cuba untuk gunakan peluang itu sebaiknya.

“Saya bukan seorang yang akan tinggalkan rumah begitu saja sebelum memastikan semua keperluan isi rumah dan tanggungjawab dilunaskan dulu,”katanya.

Dalam pada itu, berkongsi lanjut mengenai filem Janggo yang dibintanginya,  Joey gembira kerana berpeluang digandingkan sekali lagi dengan sahabatnya, pelakon Khir Rahman.

Kata Joey, dia pernah filem tersebut merupakan kesinambungan watak mereka dalam pertandingan Muzikal Lawak Superstar.

“Tawaran filem ini adalah peluang terbaik untuk saya. Bodoh rasanya kalau saya tolak.

“Malah, difahamkan filem ini juga akan diterbitkan siri sekuelnya. Terasa rugi pula kalau tak terima,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya