Raja Ilya bakal timang anak perempuan - Utusan Malaysia

Raja Ilya bakal timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Aktres, Raja Ilya, 37, mengumumkan, dia dan suami Trent Garrett bakal menimang cahaya mata perempuan yang bakal dilahirkan dalam tempoh kira-kira tiga bulan lagi.

Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh Ilya atau nama penuhnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, menerusi akaun Instagram miliknya.

“Alhamdulillah, memang nak sangat bayi perempuan untuk anak sulung kami. Allah tahu yang terbaik.

“Saya teruja kerana boleh melaram dan cantik bersama. Nasib bukan lelaki, saya tidak ada pengalaman uruskan bayi lelaki. Belah suami pula semua lelaki.

“Ramai yang teka lelaki, saya hargai sangat. Yang penting bayi sihat walafiat. Terima kasih atas doa dan ucapan,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, pelakon filem Appalam itu turut memuat naik foto dan video majlis meneka jantina yang diadakan pada Ahad lalu.

Serentak dengan perkongsian tersebut, Raja Ilya turut mengucapkan selamat berpuasa kepada semua peminat.

“Ada lagi sebulan nak puasa, pelan-pelan kayuh,” katanya.

Untuk rekod, pasangan Raja Ilya dan Trent Garret berkahwin pada 23 Disember 2018 dan mengikut suaminya menetap di Australia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya