Puteri Sarah titip pesan buat anak sulung, Syaikhul Islam - Utusan Malaysia

Puteri Sarah titip pesan buat anak sulung, Syaikhul Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah Liyana menitip doa agar putera hatinya, Syaikhul Islam membesar menjadi anak lelaki yang berguna sempena ulang tahun kelahiran yang kelima.

Memuat naik perkongsian hantaran di akaun Instagram Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin turut berkongsi sekeping gambar bersama Syaikhul.

“Anak soleh nanti jaga mama okey. Dua hari lagi hari ulang tahun kelahiran abang, abang sudah cecah usia yang ke lima tahun. Kita sambut di Madinah okey.

“Sudah besar nanti jangan lupa mama, bawa mama pergi melancong selalu,” tulisnya.

Menerusi pemerhatian Utusan Malaysia, majoriti melayangkan emoji hati sebagai simbolik sayang. Antara rakan selebriti turut membanjiri dengan emoji itu seperti Imra Ajmain, Elizad Sharifuddin, Adriana Adnan, dan ramai lagi.

“Sungguh setiap ujian yang berat, Allah turunkan buat hamba-hambaNya yang kuat dan hebat @puterisarahliyana,” komen ucapan pelakon baharu Abbas Mahmood.

Sebagai informasi, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Sabtu lalu, kisah rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul menjadi perhatian media sosial bila mana dia mendedahkan anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar masih lagi menganggu suaminya.

Dek sudah tidak tertanggung perasaan amarah, Puteri Sarah meluahkan apa yang terbuku di hati menerusi IG Story.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya