Nampak saja lembut, tapi saya tegas dengan anak-anak - Hanis Zalikha - Utusan Malaysia

Nampak saja lembut, tapi saya tegas dengan anak-anak – Hanis Zalikha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti media sosial, Hanis Zalikha, 32, menepis pandangan sesetengah orang yang sering memujinya sebagai seorang ibu yang berpewatakkan lembut dalam mendidik anak-anaknya.

Menurut ibu kepada Yusuf Iskandar, 6, dan Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun ini, dia tidak fikir dirinya seorang yang lembut kerana setiap ibu bapa perlu ada ketegasan dalam mendidik anak-anak terutama ketika mereka ternyata melakukan kesalahan.

“Tak betul sangat itu kalau ada yang anggap saya ini sentiasa berlembut dengan anak-anak. Saya dengan suami sama dalam bab ini. Sebenarnya bukan lembut tapi tak juga garang. Lebih kepada tegas.

“Kalau saya kata tak boleh, maknanya memang tak boleh. Cuma cara saya cakap dengan nada yang tidak tinggi.Selalunya kalau kami marah anak, sebelum tidur akan bincang balik apa kesalahan. Supaya lain kali mereka tahu apa salah dan apa nak buat,” katanya.

Hanis berkata demikian semasa ditemui pada majlis berbuka puasa dan pelantikan dirinya sebagai duta produk jenama Innersejuk di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pada itu, Hanis turut berkongsi mengenai anak sulungnya iaitu Yusuf yang bersemangat untuk berpuasa walau cuma selama satu hari.

Katanya, dia dan suaminya tidak pernah memaksa anak mereka berpuasa atau solat dalam keadaan tidak bersedia.

“Yusuf puasa hanya sehari sahaja dan itu pun puasa pada hari ketujuh. Dia sendiri yang minta nak puasa, mungkin sebab dia tengok kami puasa. Itu yang buat dia rasa nak puasa.

“Tapi kami tak pernah nak paksa dia puasa atau solat. Tunggu dia bersedia nak buat sendiri. Alhamdulillah, Yusuf puasa okay saja cuma adik dia ada la datang offer makanan,”katanya.

Sebelum ini, video gelagat Yusuf pertama kali berpuasa yang dikongsi Hairul di TikTok mendapat perhatian netizen yang memuji cara didikan pelakon itu.

Untuk rekod, Hanis mendirikan rumah tangga dengan pelakon filem Paskal itu pada Jun 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya