Mestilah ada rasa nak kahwin tapi dah putus - Sufian Suhaimi - Utusan Malaysia

Mestilah ada rasa nak kahwin tapi dah putus – Sufian Suhaimi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUCHONG: Penyanyi popular, Sufian Suhaimi mengakui pernah menjalinkan hubungan cinta namun jodoh hanya sempat bertahan selama tiga tahun sahaja.

Ketika ditemui media, jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Di Mata Mu itu, tiada niat untuk menyorokkan berita baik tetapi mengambil pendekatan untuk tidak menghebahkan.

“Sebenarnya saya pernah ada menjalin hubungan cinta dalam tiga tahun. Cuma dah berakhir tahun lepas. Tak sorok pun, cuma tak hebahkan,” katanya.

Pada masa sama, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, Allah Maha Perancang sebaik-baiknya dan dia mengakui keinginan untuk menamatkan zaman bujang lebih terasa selepas melihat rakan seperjuangan sudah berumah tangga.

“Saya rasa Allah Maha Adil, masing-masing ada rezeki bukan? Ada orang dapat rezeki jodoh awal.

“Walaupun belum berpasangan lagi, tetapi saya banyak rezeki yang Allah berikan dari segi kesihatan, keluarga yang baik, perniagaan dan saya sangat gembira.

“Kalau tanya fasal pasangan mestilah ada rasa terutamanya bila melihat kawan-kawan rapat seperti Ariff Bahran, Syafiq, Tajul dan Haqiem Rusli sudah berumah tangga,” luahnya.

Sufian yang mesra disapa Baby Pian turut memberitahu bahawa ahli keluarga ada bertanya perihal untuk ke fasa lebih serius.

“Sampai nak kahwinkan saya dengan ustazah lagi,” selorohnya.

Diusik dengan pertanyaan hubungannya dengan pelakon filem PASKAL, iaitu Jasmine Suraya, Sufian hanya menjawab ringkas dan tertawa kecil.

“Dengan Jasmin kawan-kawan sahajalah,” katanya.

Sekadar informasi, mengenai perkembangan kerjaya, saksikan drama lakonannya yang berjudul 30 Hari Menjelang Raya arahan Suhaimi Lua kini ditayangkan di slot Diandra saluran TV9.

Selain Sufian, drama itu turut menampilkan Kazar Saisi, Liza Abdullah, Fahrin Ahmad, Aida Aris, Mark Adam, Shakilla Koriri dan ramai lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya