Konsep baca berita macam berbual, boleh tak? - Aznil Nawawi

Konsep baca berita macam berbual, boleh tak? – Aznil Nawawi

aznil
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Lebih tiga dekad menimba pengalaman di pelbagai stesen televisyen (TV) seperti TV3 dan Astro, Datuk Aznil Nawawi kini beralih pula ke saluran Awesome TV.

Pengacara terkenal itu memikul mandat sebagai tenaga pengajar bagi melatih serta memberi bimbingan kepada penyampai berita di Berita 7.57, saluran TV berkenaan.

Kata Aznil, dia mahu menyuntik kelainan sekali gus membuang kelemahan yang masih tidak diperbetulkan dalam kalangan penyampai berita di stesen TV

“Saya sudah melalui pelbagai era antaranya pembacaan bernada serius, bahasa baku dan beralih ke pengacaraan santai.

“Peralihan dan gaya penyampaian itu cukup berwarna. Tapi kali ini, saya mahu perkenalkan konsep membaca berita seperti sedang berbual.

“Sebenarnya ia bukan mudah. Satu cabaran nak menarik semua golongan untuk menonton berita. Sebab itu saya cuba gabungkan pengalaman ditimba dengan pendedahan peredaran masa sekarang,” katanya.

Tambah Aznil, dia secara peribadi turut mahu memahami selera penonton seiring dengan kemajuan teknologi media massa.

“Kalau bercakap perihal relevan program berita ini atau sebaliknya, ia sangat subjektif. Tapi saya lebih melihat contoh diri sendiri iaitu bagaimana saya cuba relevankan diri sehingga sekarang mengikut selera penonton.

“Itu antara kaedah dipraktikkan saya sampai sekarang untuk ikut apa sahaja pembaharuan di sekeliling saya,” jelasnya yang ditemui pada majlis sidang media pengumuman Kolaborasi Strategik Berita 7.57 bersama Datuk Aznil Nawawi baru – baru ini.

Ditanya lanjut mengenai peranannya di stesen TV berkenaan, pemenang 10 kali kategori Pengacara TV Lelaki Popular sejak 2003 hingga 2010 ini akan membimbing deretan penyampai berita baru diperkenalkan stesen TV itu.

Katanya, beliau akan mengikut silibus pembinaan karakter, pembentukan bahasa tubuh yang efektif, lontaran suara dan pengucapan awam di hadapan kamera.

“Apa yang saya perhatikan, pembaca berita hari ini lazimnya hanya membaca sahaja teks. Namun, mereka tidak memahami isi yang disampaikan.

“Ada juga apabila pengisian berita sudah padu, tapi ada dalam kalangan penyampai berita tak jelas memahami apa yang dibaca serta disampaikan.

“Apapun, saya berbesar hati di atas kolaborasi ini sekaligus dapat berkongsi ilmu bersama stesen TV ini yang menyalurkan nada kelantangan mereka,” katanya.

Kata Aznil, saluran berita stesen TV ini atas paksi sebenar menyampaikan berita yang perlu rakyat tahu tanpa ada ‘tangan hantu’ di belakangnya.

“Inilah keberanian yang dibawa saluran berita stesen TV ini untuk penonton.

“Penyampai berita kita pun ada yang masih dibayangi lenggok bacaan seperti era tahun 1990-an. Tapi sebenarnya nak membaca berita kena seperti gaya kita sedang berbual.

“Ada yang bernada seakan robot dan ‘burung kakak tua’. Inilah cabaran yang kita perlu selaraskan di stesen TV,” katanya.

Saluran berita stesen TV ini menampilkan wajah baharu empat penyampai berita iaitu Dr Mohd. Ghazali Taib, Ain Syuhada Ahmad Bohari, Nadhra Mohd dan Adriana Ghafar.

Mengangkat slogan Rakyat Keutamaan Kami, saluran berita ini bersiaran setiap hari, jam 7.57 hingga 8.30 malam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya