Keluarga Yasin lancar tabung biaya peguam - Utusan Malaysia

Keluarga Yasin lancar tabung biaya peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Keluarga Yasin Sulaiman melancarkan sebuah tabung bagi mengutip sumbangan ramai yang bertujuan membiayai kos guaman penyanyi berkenaan.

Abangnya, Mohamed Zain berkata, pihak keluarga akan menutup tabung tersebut sekiranya sumbangan yang diterima sudah mencukupi.

Wang boleh disalurkan ke akaun saya iaitu Mohamed Zain Sulaiman dengan akaun nombor 1140 1360 0100 78 (RHB).

“Semua sumbangan yang diterima akan digunakan untuk membiayai kos guaman Yasin Sulaiman.

“Apabila sumbangan yang diterima mencukupi pihak keluarga akan memaklumkan dan menutup tabung. Pihak keluarga berterima kasih di atas sokong dan bantuan yang diberikan dalam menghadapi ujian ini,”katanya.

Perkara tersebut dikongsi dan tular di laman sosial dengan tanda pagar solidarity for Yasin Sulaiman.

Yasin kini ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas dua pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja di kediamannya di Persiaran Surian Damansara Indah Resort Home, PJU 3 Kota Damansara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya