Kecewa beli kuih basi, Michael Ang enggan jejak bazar Ramadan tahun ini. - Utusan Malaysia

Kecewa beli kuih basi, Michael Ang enggan jejak bazar Ramadan tahun ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah sensasi, Michael Ang, meluahkan rasa kecewa gara-gara membeli kuih koci yang didakwa basi, yang dibelinya di bazar Ramadan.

Perkara tersebut dikongsikan pengarah filem Kimchi Untuk Awak itu menerusi satu video luahan perasaan di entri Instagram miliknya.

“Salam semua. Semalam beli kuih buah melaka yang psekeras-keras batu di bazar Ramadan aku senyap lagi.

“Hari ini kuih koci yang lembik macam entah apa, inti pun macam rasa masam-masam sikit rasa nak basi!

“Semua nak cari rezeki lebih untuk raya tapi kita yg beli ini pun guna duit dari hasil kerja kita juga!” kongsinya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia turut menitipkan kata-kata nasihat buat para peniaga makanan diluar sana agar berniaga dengan cara yang betul.

“Tidak baik berniaga seperti ini ya. Kalau nak berniaga itu, buat lah betul-betul sedikit.

“No More bazar Ramadan untuk tahun ni!” coretnya bernada tegas.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi warganet berhubung kejadian tersebut.

“Sokong, rasa tepung kosong sahaja! Semua bidan terjun ke apa yang jual. Kecewa, akhirnya beli dekat nyonya warna saja,” komen seorang warganet.

“Sudah pasang niat awal-awal. Tahun ini
tak nak jejak bazar Ramadan. Tetapi tapi nak jejak pasar pagi cari lauk basah untuk masak sendiri,” komen juga pengguna lain.

“Peniaga bermusim namanya. Kadang memang berniaga masa Ramadan, bukan yang biasa niaga dan bukan yang biasa membuat kuih. Tapi mencuba nasib. Kesian kepada pembeli. Kadang memang teringin, tiba-tiba kena seperi ini. Hampa rasa,” komen lagi pengguna lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya