Kanser darah tahap empat, Nora Ariffin simpati nasib Roslan Aziz - Utusan Malaysia

Kanser darah tahap empat, Nora Ariffin simpati nasib Roslan Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Nora Ariffin mengakui sedih dengan perkhabaran penerbit dan komposer lagu terkenal, Roslan Aziz, 60, akibat menghidap penyakit kanser darah tahap empat.

Menerusi perkongsian hantaran di akaun Instagram miliknya, Roslan banyak berjasa pada industri dan artis-artis hebat yang mungkin ramai tidak tahu.

“Terus kuatkan diri abang Lan. Beliau adalah figura yang telah menggabungkan saya bersama Datuk Sheila Majid dalam lagu Jentayu. Beliau juga adalah penerbit untuk lagu Jentayu.

“Kalau tak kerana ideanya, tak mungkin saya dapat berduet dengan Sheila Majid. Saya tumpang sedih dan terpanggil bila mendapat tahu, abang Lan sedang diuji dengan kanser, Allahukbar.

“Sempena ramadan ayuh sama-sama berdoa agar Roslan Aziz mampu pulih seperti biasa, Insya-Allah,” coretnya.

Untuk rekod, Jentayu merupakan sebuah lagu yang pernah memenangi beberapa anugerah besar di Anugerah Industri Muzik 1996.

Selain kejayaan dan kehebatan lagu nyanyian duet Nora bersama Sheila Majid dan ciptaan arwah Johan Nawawi serta lirik oleh Datuk Dr Usman Awang, lagu tersebut adalah hasil idea kreatif Roslan bersama Johan.

“Beliau juga merupakan figura yang sangat hebat, disegani dan dihormati oleh arwah Johan dan semua rakan-rakan industri.

“Jentayu adalah sebuah lagu yang merupakan karya agung untuk sepanjang karya yang dihasilkan oleh Johan. Ajal maut di tangan Allah SWT,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya