KUALA LUMPUR : Mobile Legends: Bang Bang, komuniti permainan mudah alih terbesar mengumumkan tiga wira terbaru yang bakal bertempur iaitu Janna Nick, Hairul Azreen dan Hun Haqeem untuk menghangatkan lagi kempen 515 menjelang Hari Raya ini.
MOONTON melihat pemilihan tiga selebriti ini sebagai sangat menepati sasaran dan perancangan syarikat teknologi yang berpengkalan di Shanghai itu dalam usaha mengukuhkan pasaran di Asia Tenggara.
“Sejak dikeluarkan pada 2016, kami sentiasa mengiktiraf rantau Asia Tenggara sebagai salah satu pasaran utama kami. Oleh itu, kami mengasimilasikan ciri permainan kami sedekat mungkin dengan budaya tempatan.
“Janna Nick adalah salah seorang selebriti yang berbakat besar di Malaysia dan telah menerima banyak pengiktirafan. Dia juga seorang wanita muda yang mengagumkan dan bertenaga. Bersesuaian dengan karakter dan karisma dimiliki, kami mahu pemain wanita kami mengenali wataknya yang kuat.
“Hairul Azreen pula adalah nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi di kalangan pemain Mobile Legends di Malaysia. Dikenali sebagai seorang yang sangat komited dalam kerjaya seni dan seni mempertahankan diri, menjadikan Hairul Azreen persona yang sangat sempurna dalam Mobile Legends.
“Hun Haqeem, beliau berasal daripada negeri Sarawak dan secara tidak langsung menyempurnakan identiti Citrawarna Malaysia. Dengan dinamik mudanya, dia melengkapkan Trio MLBB 515 pada musim perayaan ini”, katanya.
Menariknya, setiap Wira Mobile Legends ini direka bersesuaian dengan imej sebenar selebriti terpilih supaya para peminat boleh mengenali bintang kegemaran mereka itu.
Untuk info, karakter Janna Nick adalah sebagai Tangwanwan, seorang penstrim berbakat dan muzikal.
Kemahiran Tang Wanwan adalah melontar dart. Perwatakannya yang ringkas, peramah dan tegas akan mendedahkan dirinya apabila bertemu Black-Dragon.
Hun Haqeem pula adalah sebagai Ling iaitu seorang pendekar pedang berkemahiran tinggi dan seorang murid kepada Dragon Master manakala Hairul Azreen pula sebagai Yin, seorang pemain yang bersemangat dan berbakat dalam kehidupan sebenar dan di M-World.
Yin telah membentuk personanya sebagai seorang genius game yang juga peramah dan berfikiran terbuka. Walau bagaimanapun, jangan tertipu dengan daya tarikannya yang optimis kerana Yin seorang yang berdaya saing dan bercita-cita tinggi untuk menguasai semua jenis permainan dan muncul juara.
Mobile Legends tahunan: Bang Bang 515 M-World yang bakal bermula pada 12 April hingga 23 Mei 2022 akan menyaksikan lebih 100 juta pemain aktif bersatu untuk satu siri aktiviti dalam permainan yang menakjubkan sambil meraih pelbagai ganjaran.
Sepanjang aktiviti berlangsung, pemain bakal menikmati, Pesta Karnival 515 + Jualan Kilat 515 (12 April – 28 April), Kulit Baharu (New Skins), Bonus Log-Masuk 515, Sistem pertempuran serba baharu: Kem Penciptaan,Oracle Psionic (25 April – 16 Mei), Akses Percuma Semua Wira (7 & 8 Mei) dan Perlindungan Bintang apabila bekerjasama dengan rakan (15 April – 15 Mei)
Selain itu pembangun Moonton juga teruja untuk mengumumkan kerjasamanya dengan jenama elektronik terkemuka dunia, Samsung yang juga akan hadir di ALLSTAR Showdown 2022.
“Samsung Malaysia teruja untuk mengumumkan kerjasama kami dengan ALL STAR. Dengan perkongsian ini, kami berharap dapat menunjukkan prestasi peranti siri Galaxy A dan mampu memberikan pengalaman yang mengagumkan untuk pemain permainan,” kata KM Liew, Ketua Perniagaan MX, Samsung Malaysia Electronics.
Tang Wanwan, Ling dan Yin akan membuat penampilan sulung mereka mulai 16 April 2022 dan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti Mobile Legends: Bang Bang di Facebook, Youtube dan TikTok. Muat turun permainan dan nikmati perayaan di App Store dan Google Play sekarang!
LINK UNTUK TEASER TANG WANWAN:- https://fb.gg/v/cm4LjCqHt2/