Insurans premium untuk tubuh, Atiq Azman tak ada niat berlagak - Utusan Malaysia

Insurans premium untuk tubuh, Atiq Azman tak ada niat berlagak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon yang popular dengan drama bersiri Nur, Atiq Azman, 22, mengaku tidak berniat untuk menunjuk lagak apabila dia mendedahkan mengenai perihal perlindungan insurans premium yang dibuat olehnya untuk diri baru-baru ini.

Kata Atiq, dia berkongsi perkara itu selepas ditanya oleh beberapa rakan media di sebuah majlis baru-baru ini selain mengaku ia dilakukan demi untuk tujuan keselamatan dirinya.

“Tak ada niat nak berlagak. Saya memang akui memiliki insurans premium itu selepas beberapa kali mengalami insiden kemalangan menunggang motosikal berkuasa tinggi. Itu pun selepas keluarga dan bising-bising sebab saya asyik jatuh motor.

“Sebetulnya, memang saya meminati sukan lasak itu dan ada motosikal berkuasa tinggi sendiri. Kali terakhir saya jatuh tempoh hari di Bukit Fraser, Pahang, sampai bahu terkehel. Ibu bapa saya risau,”katanya.

Selain itu, kata Atiq, dia juga akur dengan keputusan pihak pengurusannya yang bertegas agar dia memiliki insurans premium tersebut demi tujuan perlindungan diri.

“Pengurusan saya pun bimbang. Malah, ada juga yang  minta saya tinggalkan minat ini sebab ia sukan yang berisiko. Ada yang kata sayang, sebab tak ramai muka macam saya. Kena jagalah diri.

“Saya sebelum ini ada insurans tapi pengurusan telah bertegas untuk menambah nilai kepada premium. Bukan sebab sukan lasak itu saja, tetapi untuk kerja lakon saya juga. Berapa nilainya itu biarlah saya simpan. Cuma ya, memang ia mencecah ratusan ribu ringgit.

“Sebenarnya saya ini tak nak orang salah faham. Saya pun bukannya kongsikan ini untuk menunjuk-nunjuk,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Atiq menambah dia juga bakal muncul dengan siri produk penjagaan diri tidak lama lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya