Ifa Raziah bangga StarVendors diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) - Utusan Malaysia

Ifa Raziah bangga StarVendors diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR)

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Acara membeli belah terbesar Malaysia, StarVendors Mega Raya Fest  mencatat sejarah dengan penganjuran paling lama selama 75 jam tanpa henti sekaligus tercatat dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Acara yang diadakan di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) bermula 22 hingga 25 April lalu telah dihadiri pengunjung seawal pagi pada hari pertama hingga penutup pada jam 12.30 tengah hari pada hari terakhir ia berlangsung.

Ia juga mencatatkan jumlah pengunjung seramai 2.8 juta orang. 

Ketua Pegawai Eksekutif StarVendors, Ifa Raziah berkata, dia amat terharu dengan pengiktirafan itu dan tidak menyangka mendapat sambutan yang amat luar biasa setelah dua tahun negara dibelenggu dengan pandemik Covid-19.

“Saya amat berterima kasih pada semua pihak yang terbabit dan  juga kepada  pengunjung yang tidak henti -henti hadir membeli belah di StarVendors Mega Raya Fest 2022,” katanya.

Acara StarVendors Mega Raya Fest , Festival Gaya Raya kali ini telah dipersetujui dan disokong penuh oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dan SME Corp Malaysia. 

Selain itu, menurut Ifa,  StarVendors juga akan menjelajah di beberapa lokasi dalam negara. 

“Tujuan utama StarVendors ini adalah untuk memberi platform kepada usahawan berniaga. Tidak kira bangsa apa sekalipun yang mahu berniaga bersama kita di bulan Ramadan. 

“Seterusnya ikuti kita buat ‘road tour’ higga hujung tahun ini. Itulah tujuannya, sebab kita sudah dua tahun tidak dapat berniaga seperti ini. Bermulanya di WTC ini kita akan bergerak ke beberapa negeri lain seperti Kedah, Pahang, Sabah dan Sarawak,” katanya. 

Tidak hanya memberi peluang pada usahawan tempatan, StarVendors Mega Raya Fest, Festival Gaya Raya bakal menyaksikan pembabitan 55 artis terkenal tanah air yang turut membuka ‘booth’ dan menjual rangkaian produk mereka sendiri. 

Antaranya, Dato Siti Nurhaliza, Dato AC Mizal, Dato Sri Vida, Dato Aliff Syukri, Hairul Azreen, Hanis Zalikha, Fazura, Fattah Amin, Shahiezy Sam, Syatila Melvin, Dato Fizz Fairuz, Dato Jovian Mandagie, Fad dan Acey Bocey.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya