Berita palsu! Sangat kurang ajar- DJ Lin masih bernyawa - Utusan Malaysia

Berita palsu! Sangat kurang ajar- DJ Lin masih bernyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Tiada angin tiada ribut, penyampai radio kesayangan umum, DJ Lin Suria FM telah difitnah kononnya sudah meninggal dunia.

Berita mengejutkan itu dikongsi sendiri oleh penyampai segmen Suria Cinta tersebut di laman Instagram miliknya.

“Buat Amir Kdh, ape motif awak ya sebarkan berita palsu ni? Saya ini Alhamdulillah masih bernyawa lagi. Ini pun baru habis on air (ke udara).

“Awak teringin nak popular ke atau macam mana? Sedih bila ada orang doakan benda yang tak baik dekat saya.

“Teringin saya nak bertentang mata dengan orang yang menyebarkan fitnah tentang kematian saya ini. Sangat kurang ajar! dan tak bertanggungjawab,” luahnya.

Dalam perkongsian sama DJ Lin turut meletakkan tanda pagar tak pasti jangan kongsi.

Serentak dengan perkongsian pada tengah malam tadi, majoriti memberikan komen agar DJ Lin tabah dalam menempuh dugaan ketika ini.

“Eh motif budak ini? Semoga terus sihat dan kuat kak Lin,” komen pelakon dan pelawak Ain Sufia.

Dalam masa sama ada juga pengguna yang menyarankan DJ Lin untuk mengambil tindakan tegas.

“Ya Allah terkejut saya kak Lin. Buat laporan polis kak Lin,” komen seorang pengguna.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya