Bapa tenat,tapi nak balik Malaysia memang tak boleh - Nur Sajat

Bapa tenat,tapi nak balik Malaysia memang tak boleh – Nur Sajat

Nur Sajat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bapa kepada usahawan kontroversi, Nur Sajat Kamaruzzaman, 37, kini berada dalam keadaan tenat.

Perkhabaran tersebut dikongsikan adik perempuannya, Mustika, menerusi satu perkongsian di Instagram.

Menerusi coretan tersebut, dia meminta orang ramai agar mendoakan bapa kesayangannya yang kini semakin tenat.

“Minta semua doakan ayah saya, ayah dah makin tenat,” tulisnya ringkas.

Menjengah entri Nur Sajat pula, dia memaklumkan kondisi kesihatan bapanya tidak begitu baik sejak minggu lepas.

Nur Sajat setakat ini hanya dapat membuat panggilan video bagi mengetahui perkembangan bapanya.

“Akhirnya dapat dokumen perjalanan saya. Sangat gembira dapat terbang ke awan biru. Sekarang Sajat boleh lah terbang untuk perjalanan perniagaan dalam masa terdekat ini.

“Kalau hendak balik Malaysia itu, memang tidak boleh bagi menjenguk keluarga, mak dan ayah Sajat, sekarang ayah Sajat tidak berapa sihat.

“Dari minggu lepas lagi ayah tidak sihat. Sajat di sini membuat panggilan video dan dapat mengirimkan wang belanja untuk keluarga,” katanya di Instagram.

Mengulas lanjut, dia yang kini menetap di Australia sempat meminta menitipkan doa yang baik-baik buat ahli keluarganya.

“Apa-apa pun, kak long dan mak selalu berkongsi perkembangan hal ayah saya.

“Doakan baik-baik untuk keluarga saya. Harap semuanya okey,” ujarnya lagi.

Nur Sajat kini menetap di Australia selepas berjaya memboloskan diri daripada pihak berkuasa Malaysia pada tahun lalu.

Katanya di Australia dia bukan sahaja diterima sebagai wanita, malah kerajaan negara itu banyak membantunya untuk memulakan kehidupan baharu di sana.

Tambah pula, katanya Australia banyak membantu dia dari segi kemahiran dan percakapan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya