Ammar Alfian kau memang tak bersyukur! - Zarina Anjoulie pertahan rakan peguam - Utusan Malaysia

Ammar Alfian kau memang tak bersyukur! – Zarina Anjoulie pertahan rakan peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR :  Tidak berpuas hati dengan tindakan pelakon Ammar Alfian menghentam peguam Nurul Hafidzah Hassan di Instagram, selebriti media sosial, Zarina Anjoulie, membuka pekung pelakon lelaki tersebut yang disifatkan sudah lama disimpan.

Dalam rantaian ciapannya di Twitter, Zarina dilihat menghentam kembali Ammar dengan menyifatkannya sebagai seorang individu yang tidak pandai mengenang budi selain mendakwa Hafidzah merupakan satu-satunya peguam yang tampil menyelesaikan masalahnya berkaitan undang-undang.

“Ammar Alfian, waktu kau susah, siapa yang tolong kau ya? Peguam lain rosakkan kes kau, dia dapat duit baki sipi-sipi saja peguam itu saja. Lagi nak cerita?

“Kau memang tak pandai bersyukur. Kau pergi bantai orang di gym, siapa yang tolong kau selesaikan? Nurul Hafidzah dan suami juga yang selesaikan untuk kau.  Lepas itu, minggu depan itu pula, kau pergi bantai orang lagi.

“Janganlah tak sedar diri. Waktu minta tolong bukan main kau berpura-pura baik. Kau dah gunakan orang itu dan-dan itu pula kawan aku itu jahat. Kau dapat tebus talak dan dapat anak kau pun pasal siapa? Sekali lagi, aku ingatkan, siapa tolong masa kau kena tangkap? Sedar dirilah!”katanya.

Selain itu, Zarina turut membongkar angkara Ammar yang kononnya masih belum melunaskan bayaran kepada Hafidzah.

“Sudahlah tak bayar duit orang itu, lagi mahu cerita. Aku dari awal dah pesan kat kawan aku Hafidzah itu, jangan ambil kes kau sebab kau ni talam sejuta muka! Tapi sebab dia kasihan, dia tolong juga kau.

“Jadi siapa yang tengah tunggang glamor sekarang ha? Dan-dan kawan aku viral, kau nak jadi hero! Masa kena tangkap, kau pun hilang tak boleh setel sendiri, telefon juga kawan aku bukan?

“Geli hati aku tak habis-habis cakap Hafidzah nak rompak kau. Rompak apa weh? Kau yang hutang dia, lagi buat-buat lupa,”katanya.

Selain itu, tambah pelakon filem Kuat Ketawa ini lagi, dia berasa hairan mengapa baru sekarang Ammar mumcul untuk memburukkan Hafidzah namun tidak menolak kemungkinan pelakon lelaki itu cuma mahu menumpang tular sama.

“Tapi dia ini pandai, dia cerita sikit saja pada netizen. Lepas itu, separuh daripadanya adalah penipuan. Dia tidak beritahu hal sebenar. Kenapa tak habis cerita pada netizen apa yang kau buat? Tahi sendiri pandai nak simpan kan?

“Lepas itu nak publisiti murahan, kau viralkan kawan aku yang dah tolong kau macam-macam. Jadi hari ini, biar aku yang tumpahkan teh tentang kebenaran mewakili kawan aku,”katanya.

Dalam pada itu, Zarina memohon maaf kepada semua netizen kerana meluahkan perkara ini di media sosial lantaran enggan pelbagai pihak cuma mendengar cerita di sebelah pihak semata.

Kebelakangan ini, Hafidzah Hassan menjadi ‘popular’ di media sosial apabila mewakili pengasas Rumah Bonda iaitu Siti Bainun berhubung kes dera remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella.

Dia juga dilihat menerima kecaman dan kritikan yang teruk memandangkan netizen dan rata-rata masyarakat lebih menyebelahi nasib malang yang menimpa Bella.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya