Amaris perlu sumbangan wang tunai demi amal Dapur Pasak - Utusan Malaysia

Amaris perlu sumbangan wang tunai demi amal Dapur Pasak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Usaha pelakon, Amaris, 37, menerusi pelaksanaan program #samasamakenyang – Infaq Ramadan Dapur Pasak menyaksikan sambutan yang baik daripada penyumbang dana sepanjang Ramadan ini.

Bagaimanapun, kata pelakon ini, pihaknya masih mengalu-alukan bantuan daripada segi kewangan bagi membolehkan dia bersama badan bukan kerajaan (NGO) Dapur Pasak merealisasikan misi tersebut sehingga ke penghujung bulan puasa.

Menurut Amaris atau nama sebenarnya, Amran Ismail, pelbagai perancangan untuk membantu mereka yang memerlukan sudah pun diatur dan ini merangkumi 10 buah rumah asnaf yang disenaraikan untuk menerima sumbangan daripada Dapur Pasak.

“Sepuluhn rumah asnaf ini memang yang betul-betul susah dan memerlukan. Ada juga yang rumah mereka elok tapi mungkin kerana kesempitan lain seperti sakit, tak boleh berjalan, tak boleh bercakap turut kami bantu juga. Ada antara mereka boleh keluar rumah sambil tersenyum walaupun dalam hati mereka rasa macam-macam tapi mereka reda.

“Kami memberi sumbangan berbentuk tunai dan barangan keperluan asas. Harapnya selepas ini Allah bagi rezeki yang luar biasa. Saya sentiasa doa ada keajaiban yang Allah bagi supaya dapat bantu lagi ramai orang yang memerlukan.

“Jadi, saya mengajak dan mengalu-alukan orang ramai jika mahu berinfak dalam bulan ini boleh terus salurkan sumbangan ke akaun CIMB- 8604587212 atas nama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur. Insya-Allah, kami menyasarkan untuk penuhkan peti ais sebanyak 2000 rumah. Itu mis kami sepanjang Ramadan ini,” katanya.

Menurut Amaris, dia bersyukur apabila sasaran memenuhkan peti ais 100 rumah pada setiap hari Ramadan dapat dilaksanakan.

“Kami rancang untuk penuhkan peti 100 rumah. Tetapi dengan izin Allah kami dapat penuhkan lebih kurang 200 peti rumah pada hari pertama, kedua dan ketiga Ramadan. Satu hari satu lori.

“Dalam masa yang sama, kami menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk berinfak dalam bentuk tunai untuk menyambut lebih kurang tiga minggu lagi Ramadan dan juga menyambut bulan Syawal ini. Kita sama-sama berkongsi rezeki dan kumpul dana. Sebab mereka menunggu bantuan daripada kita dari segi barangan keperluan asas dan juga wang tunai.

“Kita akan teruskan lagi program infak ini dan bukan hanya dalam bulan Ramadan saja. Cuma dalam bulan Ramadan ini pada saya ia sangat luar biasa. Pasukan saya ini mereka semua kerja hebat dan sanggup ambil cuti yang panjang untuk buat program ini. Mereka tak minta satu sen pun untuk buat program ini. Memang sepenuhnya kerana Allah,” katanya.

Sementara itu, penyanyi dangdut terkenal Mas Idayu yang menyertai program itu sepanjang bulan ini turut berharap orang ramai dapat menghulurkan sumbangan bagi menjayakan lagi misi #samasamakenyang – Infaq Ramadan Dapur Pasak dan Amaris.

“Saya ‘enjoy’ sebab pertama kali turut serta. Cuma saya tak dapat buat banyak sebab ini pertama kali dan kadang-kadang saya tak tahu apa yang mereka perlu. Kita harap sangat-sangat ada bantuan daripada semua pihak yang prihatin.

“Selepas ini kita akan ke pusat tahfiz di sekitar Kuala Lumpur. Kita ada lebih kurang 30 tahfiz di KL dan kita akan menyantuni mereka serta berbuka puasa jika diizinkan. Jadi kita sedang rancang macam mana nak berbuka puasa dengan mereka, bawa makan sedap-sedap, pergi jalan-jalan dan bawa beli baju raya. Itu perancangan kita,” katanya.

Bersempena program diadakan, Dr. Dhia yang juga pengasas Semblance Clinic berbesar hati untuk menaja berbuka puasa dan penyerahan duit raya buat anak-anak Maahad Tahfiz Wa Ta’alimul Quran Arrahimiyah dan anak-anak yatim dari Kediaman Cahaya Ain.

“Saya sudah lama memasang niat untuk buat program sebegini. Kebetulan rezeki berjumpa dengan Amaris dan pasukan Dapur Pasak. Saya memang tak boleh bagi orang lapar. Memang sifat saya macam itu. Jadi sangat suka apatah lagi bersama-sama dengan anak-anak yatim dan tahfiz ini. Rasa macam, anak-anak kita makan sedap, tapi mereka mungkin susah nak dapat tanpa adanya bantuan.

“Macam kediaman Cahaya Ain itu mereka tak pernah dijemput ke majlis berbuka puasa. Ini kali pertama buat mereka. Saya berasa sedih. Saya harap program sebegini dapat diteruskan walaupun bukan dalam bulan Ramadan,” katanya.

Malah, Dr. Dhia bersama 19 klinik membayar sewa bulanan sebuah rumah berserta kelengkapan lain. Jadi sebab itu kami menyeru kepada semua untuk tolong apa yang mampu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya