PETALING JAYA: Pelakon, Fikry Ibrahim, menitipkan rasa syukur apabila tahap oksigen ibu tercintanya, Bibi Zaleha, kembali ke paras normal iaitu 98 peratus, selepas disahkan positif virus Covid-19, beberapa hari lalu.
Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta itu menerusi entri Instagram miliknya.
Di samping itu, Fikry merakamkan penghargaan buat semua yang tidak pernah lekang mendoakan kesejahteraan ibunya.
“Alhamdulillah. Berkat doa semua, doktor maklumkan tahap oksigen mak kembali pada 98 peratus.
“Terima kasih atas doa dan perkongsian. Sangat saya hargai,” coretnya ringkas.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet dan rakan artis menitipkan turut menzahirkan rasa syukur.
Selain menitipkan doa agar dipemudahkan segala urusan buat ibu pelakon tersebut.
“Alhamdulillah,” komen ringkas pelakon Hairul Azreen.
“Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segala urusan dan diberi kesembuhan sepenuhnya. Amin,” komen pemilik akaun @iqtara.
“Alhamdulilah, Insya-Allah kuatkan semangat mak cik,” tulis juga pemilik akaun @rohatizan.