Alhamdulillah, adik semakin aktif... -Amyra Rosli. - Utusan Malaysia

Alhamdulillah, adik semakin aktif… -Amyra Rosli.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli, tampil berkongsi perkembangan kesihatan terkini puteri kesayangannya, Ayra aryssa, yang kini semakin pulih.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama popular Jangan Menangis Cinta itu menerusi perkongsian terkini di entri Instagram miliknya.

Amyra bagaimanapun memaklumkan jantung cahaya matanya itu perlu juga dipantau doktor dalam tempoh tiga bulan ini.

Namun begitu, dia menitipkan rasa kesyukuran kerana Aryssa kini semakin aktif berbanding sebelum ini.

“Dia semakin pulih. Cuma jantung sahaja kena pantau untuk tiga bulan lagi.

“Tetapi Alhamdulillah, adik semakin aktif dan menunjukkan kemajuan yang baik,” kongsinya di Instagram.

Dalam pada itu, Amyra mendoakan agar anak perempuannya sentiasa di bawah lindungan Ilahi.

Selain memberi penghargaan buat semua pihak yang tidak lekang mendoakan kesihatan Aryssa.

“Semoga Aryssa sentiasa dibawah lindunganNya. Terima kasih semua mendoakan Aryssa,”

Sebelum ini, Pelakon itu terus berdepan ujian apabila Aryssa disahkan mengalami masalah jantung selepas dijangkiti virus Kawasaki beberapa minggu lalu.

Isteri kepada pelakon Amar Baharin itu memaklumkan, anak keduanya terpaksa menjalani rawatan intensif termasuk diberi sejumlah besar ubat-ubatan untuk membantu badannya pulih seperti sedia kala.

Sekadar informasi, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya