Aku percaya ada peniaga masih bertahan dengan harga lama... -Azhan Rani. - Utusan Malaysia

Aku percaya ada peniaga masih bertahan dengan harga lama… -Azhan Rani.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon versatil, Azhan Rani, menyifatkan para peniaga mempunyai alasan tersendiri untuk menaikkan harga jualan terutama bagi yang menjual makanan di bazar Ramadan.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon drama popular Nur itu menerusi entri Instagram miliknya

Azhan bagaimanapun menyatakan para pembeli mempunyai pilihan yang terletak kepada diri sendiri dalam membuat pilihan.

“Anggap sahaja ujian kecil ramadan. Yang berniaga pasti ada sebab kenapa perlu naikkan harga.

“Menteri-menteri pun ada mengeluarkan kenyataan katanya payah nak mengawal harga naik.

“Itu yang aku bacalah semalam, namun aku percaya kuasa beli masih pada pembeli,” katanya di Instagram.

Katanya, ada sahaja pelbagai inisiatif untuk para pembeli berjimat dalam membeli makanan, pada waktu ini.

“Ada orang yang memang terpaksa membeli. Ada pula yang jenis sekadar nak meraikan hak kebebasan buat ramai di bazar ramadan.

“Setelah dua tahun terikat dengan segala prosedur operasi standard (SOP) musim pandemik. Boleh sahaja tidak beria membeli. Ada sahaja jalan berjimat, masak sendiri ke, hantar mangkuk tingkat kosong rumah teman wanita ke. Ikhtiar hidup tu banyak.

“Tetapi, aku rasa kuasa tular ini kadang-kadang boleh juga membantu. Aku percaya masih ada peniaga walaupun tidak ramai, tapi masih bertahan dengan harga lama dan prihatin rakyat,” ujarnya.

Tambah Azhan, dia menyeru kepada semua pihak untuk terus menunjukkan sokongan terhadap para peniaga yang masih mengekalkan harga yang berpatutan agar dapat menjadi contoh buatt peniaga-peniaga lain.

“Kalau kamu semua jumpa, apa kata cuba kuasa tular itu. Kongsikan dengan orang ramai. Apabila tempat-tempat macam itu menjadi tumpuan.

“Manalah tahu peniaga-peniaga lain pun boleh ikut sama beri harga munasabah semula. Kita pernah laungkan #kitajagakita dulu.

“Tidak perlu tunding-tunding jari dah. Apa kata kita sama-sama zahirkan slogan itu,” coretnya panjang.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati, ruangan komen dibanjiri pelbagai reaksi dan pendapat para warganet mengenai isu tersebut.

“Tidak kisah kalau harga naik sedikit… yang penting penjual kena jujur. Jual lah makanan yang baru bukan makanan yang tidak habis semalam, jual semula hari ini,” komen seorang pengguna.

“Harga naik tidak apa. Janji ada rasa dan tidak rosak. Kita pun faham harga barang mentah naik. Yang tidak faham, jual makanan rosak,” komen juga pengguna lain.

Menerusi satu portal tempatan, kenaikan harga bahan mentah yang tinggi menyebabkan rata-rata peniaga bazar Ramadan tahun ini tidak ada pilihan lain selain menetapkan harga baharu untuk jualan mereka.

Selain itu, kebanyakan peniaga mengakui terpaksa menaikkan sedikit harga makanan bagi menampung modal perniagaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya