Aku antara orang yang solat ‘on off’ - Naim Daniel - Utusan Malaysia

Aku antara orang yang solat ‘on off’ – Naim Daniel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Naim Daniel mendedahkan dirinya antara kalangan yang masih berusaha untuk solat konsisten.

Memuat naik ciapan di layar Twitter, penyanyi yang popular menerusi lagu Sumpah itu berkata, bagi dirinya yang masih belajar perlu melahirkan rasa menyegerakan solat.

“Aku cakap begini sebab aku antara orang yang solat ‘on off’ itu. Nak wujudkan rasa pentingnya solat itu sendiri, sebab itu aku wujudkan urgency (segera) dalam diri nak latih diri.

“Kalau iman seseorang itu memang sudah solid (kuat) batu-bata kemudian tak payahlah amalkan benda ini,” ciapnya.

Pada ciapan sebelum itu, penyanyi berusia 25 tahun tersebut berkongsi akan bagaimanakah caranya agar tidak meninggalkan solat.

“Untuk orang yang solat kejap ada kejap tak macam aku ini, aku dah jumpa satu jalan untuk buat kita tak tinggal solat.

“Kau kena wujudkan urgency (segera) untuk solat. Cuba timbulkan rasa resah bila kalau tak solat itu.

“Rasa macam alah sayangnya kalau tinggal. Setakat ini, cara itu menjadi buat aku,” katanya lagi.

Kongsi penyanyi lagu Purnama itu lagi, sesungguhnya hubungan bersama Maha Pencipta melahirkan rasa nikmat.

“Apabila kita anggap Allah jadi teman kita, hubungan peribadi yang luar biasa daripada pemahaman orang lain itu, kita saha yang rasa. Manis rupanya,” luahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya