'Tudung terbang’, isteri Yonnyboii tenang walau dikecam netizen - Utusan Malaysia

‘Tudung terbang’, isteri Yonnyboii tenang walau dikecam netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Dikecam kerana tidak lagi memakai hijab di kepala, isteri Yonnyboii, Nik Nazira, 23, menganggap tiada sebab untuk dia berlawan kata atau membidas cemuhan netizen di media sosial.

Menurut Nazira yang mesra disapa sebagai Nina, dia tidak terkesan dengan komen-komen negatif dan kecaman yang dilemparkan memandangkan perkara tersebut adalah hak peribadi dirinya.

Bagaimanapun, dia lebih selesa untuk mengambil segala teguran daripada sudut positif dan memohon orang ramai agar mendoakannya ke arah lebih baik.

“Saya tak marah atau sedih dengan komen-komen netizen apabila melihat saya tidak bertudung kerana setiap orang ada persepsi sendiri. Selagi saya jujur pada diri sendiri, saya rasa okey saja.

“Kalau nak tegur itu doa yang baik-baik saja. Kalau maki-maki anda juga yang dapat dosa. Mungkin kalau tegur baik-baik kita sama-sama dapat pahala. Itu baru betul,” ujarnya.

Selain itu, kata Nina, dia masih dalam proses untuk belajar memakai tudung sejak tahun lalu dan imejnya mula menjadi perhatian apabila mulai rapat dengan Yonnyboii sebelum memutuskan untuk berkahwin tiga bulan lalu.

“Saya sebenarnya baru cuba bertudung dari tahun lepas, sebelum ini pun saya ada terbabit dengan iklan dan berlakon cuma orang tak kenal. Jadi, dalam industri sebelum ini memang saya tidak bertudung.

“Apabila saya bersama Yonny orang mungkin baru kenal saya. Hakikatnya saya masih sedang belajar untuk bertudung dan istiqamah sebab proses ini baru setahun. Tak boleh nak terus sempurna, tapi sekurang-kurangnya saya mencuba. Cuma doa yang baik-baiklah untuk saya.

“Kita tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang, mungkin saya terus tutup terus pakai purdah. Kita tak tahu pengakhiran orang itu macam mana,”katanya.

Terdahulu, imej Nina yang tidak bertudung mula menjadi perhatian apabila hadir bersama Yonnyboii ke sebuah acara anugerah di ibu kota.

Lebih menarik tumpuan, pada Ahad lalu, Nina muncul sekali lagi menemani Yonnyboii yang bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-36 dengan imej tidak bertudung, tidak seperti imejnya sekitar akhir tahun lalu.

Pada majlis prarasa di restoran Cili Kampung, Hartamas baru-baru ini juga, Nina sekali lagi menemani Yonnyboii dalam persalinan tradisional Melayu namun tidak berhijab.

Hal itu turut mendapat tempias kepada Yonnyboii yang didakwa segelintir netizen tidak mampu membimbing isteri yang dikahwininya.

“Cara bimbingan saya dan keluarga dia (Nina) lain-lain, tak sama. Mungkin dengan keluarga berbeza, mungkin lebih tegas.

“Tapi cara saya dengan isteri, tak mahu terlalu memaksa sebab saya mahu dia jujur dengan diri sendiri dan tak ada sorok apa-apa daripada saya atau pendam hal yang tak best. Asalkan kami sentiasa cuba untuk menjadi yang lebih baik.

“Saya tak boleh menilai isteri saya kerana saya pun tak sempurna lagi,” ulas Yonnyboii.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya