Terima pelbagai reaksi, Zul Ariffin tampil mohon maaf secara terbuka - Utusan Malaysia

Terima pelbagai reaksi, Zul Ariffin tampil mohon maaf secara terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon berbakat besar, Zul Ariffin, tampil membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung isu klip video aksi ‘panas’ dalam drama Perempuan Itu yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan pelakon filem Sangkar itu menerusi entri Instagram miliknya, sebentar tadi.

Menurut Zul, permohonan maaf itu dilakukan selepas menerima pelbagai reaksi ramai pihak mengenai adegan ‘panas’ yang dilakonkan bersama salah seorang pelakon wanita.

Jelasnya lagi, dia akan lebih berhati-hati dan teliti dalam memuat naik sebarang bahan yang diberikan untuk dipromosikan di media sosial, selepas ini.

“Dengan hati terbuka, saya mengambil maklum di atas semua respon dari banyak pihak berkenaan klip video yang dipaparkan sebelum ini.

“Saya memohon maaf kepada semua yang terkesan dari tindakan memuat naik video berkenaan.

“Selepas ini saya akan lebih meneliti dan berhati-hati untuk memuat naik sebarang bahan yang diberikan kepada saya untuk dipromosikan di media sosial,” katanya.

Baru-baru ini, Zul menerima kecaman warganet selepas dia memuat naik klip pendek yang memperlihat babak panas drama lakonannya itu, di IG miliknya.

Video itu memperlihatkan aksi Zul mendukung Siti Hariesa dianggap tidak sesuai untuk tayangan masyarakat.

Walaupun klip tersebut sudah pun dipadamkan Zul, namun masih menjadi bahan bualan warganet.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya