Tawan Gunung Kinabalu,  Elizabeth Tan menangis lawan fobia dir - Utusan Malaysia

Tawan Gunung Kinabalu,  Elizabeth Tan menangis lawan fobia dir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 29, mendedahkan, antara sebab dia mahu menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah adalah untuk melawan ketakutan atau fobianya terhadap faktor ketinggian.

Kata penyanyi yang mesra disapa sebagai Lizzy ini, selain ketinggian, dia juga mengalami fobia terhadap kegelapan dan ketakutan ketika berseorangan.

“Mendaki Gunung Kinabalu adalah antara perkara paling mencabar yang pernah dilakukan. Tetapi ia sangat berbaloi.

“Saya benar-benar takut dengan banyak perkara, gelap, ketinggian, bersendirian, dan banyak lagi. Sebelum saya mendaki, saya telah menangis beberapa jam hanya semata-mata memikirkan hal itu.

“Tetapi saya memutuskan untuk berdepan dengan tekanan itu dan membuktikan kepada diri bahawa saya lebih kuat daripada yang difikirkan,”katanya.

Lizzy berkata demikian dalam satu hantaran yang dibuat menerusi akaun Instagramnya semalam.

Selain itu, kata penyanyi lagu Sudah ini, aktiviti mendaki Gunung Kinabalu adalah perkara paling mencabar yang dirinya pernah lakukan sehingga beberapa kali timbul perasaan ingin putus asa kerana tidak yakin dengan kemampuan diri.

Pun begitu, pemilik nama Elizabeth Tan Su Mei cuba mengenepikan perasaan itu dan yakin dengan kekuatan mental serta hatinya setelah mendapat motivasi daripada rakan sekeliling.

“Banyak kali saya rasa berputus asa dan fikir saya mungkin akan mati di atas ini namun saya paksa diri sendiri untuk mengatasinya.

“Saya rasa kadang-kala saya hanya perlu percaya pada diri sendiri dan walaupun rasa tak mampu, saya perlu lawan dan pasti boleh,”katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya