Saya rayu, tolong jangan tunggang agama kita - Shahrulezad 'tegur' DSV - Utusan Malaysia

Saya rayu, tolong jangan tunggang agama kita – Shahrulezad ‘tegur’ DSV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengarah terkenal tanah air, Shahrulezad Mohameddin, tampil memberi respon berhubung tindakan usahawan sensasi, Datuk Seri Vida (DSV), mengajak orang ramai mengumpul saham akhirat dengan menonton video muzik (MV) lagu terbaharunya berjudul Ku Ikhlaskan, yang dilancarkan baru-baru ini.

Perkara tersebut dikongsikan Shahrulezad yang lebih disapa Budak Ejat, menerusi entri Instagram miliknya.

“Ya Allah, berikan aku kekuatan daripada berkata yang bukan-bukan pagi ini. Kerana nanti kalau aku mencarut dan gaduh mesti tular.

“Mesti jadi gaduh. Aku malu lah nak bergaduh sesama sendiri bila umur sudah tua-tua macam ini.

“Orang sejenis lantang bersuara macam saya ini memang sukar untuk tidak berkata apa-apa bila melihat perkara macam ini,” katanya di Instagram.

Tegasnya, dia meminta agar DSV tidak menggunakan sentimen agama bagi tujuan peribadi.

Shahrulezad juga mempertikaikan niat DSV yang mahu mengumpul dana bagi menyiapkan Pusat Tahfiz & Syahadah Al Zikri Wa Zuhdie di Meru, Ipoh, Perak dengan mengajak orang menonton MV berkenaan.

“Datuk Seri Vida, dengan rendah diri saya merayu. Tolong jangan tunggang agama kita Datuk tolonglah. Saya rayu ini.

“Duit RM 400,000 buat MV itu lagi bagus Datuk sedekahkan kepada tahfiz anak yatim dari buat MV mahal-mahal macam itu.

“Selepas itu, Datuk pancing kami semua menyokong dengan gula gulakan kami, dengan strategi pemasaran murahan ini.

Mengulas lanjut, Shahrulezad turut menegur agar usahawan tersebut tidak melacurkan agama atas tujuan tersebut.

“Datuk nak memujuk orang menonton MV tidak mengapa. Buat lah. Tapi jangan buat cara lacurkan agama macam ini ya. Tolonglah.

“Maaf lah Datuk kalau hujung-hujung saya terpaksa tegur juga kerana ini sangat melampau. Saya jadi triggered!

“Kenyataan Datuk disebuah akhbar ini memang mencabar saya untuk tidak berkata apa. Maaf kalau kata-kata saya ini mengguris hati Datuk dan peminat.

Dalam coretan terakhir, dia terpaksa menutup ruangan komen perkongsian tersebut bagi mengelakkan reaksi yang kurang enak daripada warganet.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya